Melalui pemerhatian OHBULAN!, boleh dikatakan untuk membawa watak Tun Siti Hasmah sememangnya adalah satu perkara yang sukar.
Apa tidaknya, selepas beberapa lama, kini pelakon untuk watak Tun Siti Hasmah ditukar buat kali ketiga dan kali ini Eja pula yang telah dipilih oleh pihak produksi teater. Menurut Eja, dia sudah pun menjalani latihan sejak awal bulan Oktober lagi dan berbesar hati menerima tawaran ini dari Umie Aida.
“Memang betul saya dipilih untuk membawakan watak Tun Siti Hasmah. Dan saya sudah menjalani latihan sejak awal Oktober lagi. Saya menerima tawaran yang diberikan oleh Umie Aida bukan atas faktor kawan semata-mata, sebaliknya lebih kepada kerjaya saya sendiri,” jelas Eja.
Eja turut memberitahu berlakon teater adalah satu perkara yang agak besar buat dirinya dan menjelaskan dia pernah menolak beberapa tawaran sebelum ini.
“Di usia 40 tahun ini, berlakon teater adalah yang cukup besar buat diri dan kerjaya saya. Sebelum ini ada juga tawaran yang diberikan, namun saya menolak. Kini, sudah tiba masanya untuk saya cabar diri sendiri. Untuk itu, saya sudah bersedia menerima segala kritikan dan teguran semua pihak.”
Berita lanjut di Media Hiburan.