Kami agak terkejut mendengar khabar berita yang mengatakan selebriti cantik manis, Yatt Hamzah telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Mutalib.
Menurut laporan mStar Online, peguam syarie Noraini Fauzi yang mewakili Yatt selaku plaintif memaklumkan kepada mahkamah, anak guamnya telah memfailkan permohonan untuk bercerai mengikut seksyen 47 undang-undang keluarga Islam wilayah-wilayah persekutuan 1984.
Baru lepas mengerjakan umrah sekeluarga
Melihat kepada perkongsian Yatt di Instagram, difahamkan dia, suami dan keluarga baru sahaja bercuti ke Istanbul dan mengerjakan umrah pada bulan Disember tahun lepas.
Malah, bulan Januari lalu juga Yatt masih memuat naik gambar bahagia bersama suaminya di laman sosial. Tak sangka pula rumahtangga mereka diduga sebegini rupa.
Suami speechless & kecewa
Sementara itu di Instagram Abdul Mutalib pula, suami kepada Yatt meluahkan rasa kecewanya dengan memuat naik sekeping foto berlatar warna hitam sambil menulis caption “Im speechless+disappointed.. #deep”.
Im speechless+disappointed.. #deep A photo posted by A.M.A.S (@talib_tyn) on
Walau apa pun masalah yang sedang mereka hadapi, kami doakan semoga Yatt dan suami dapat menyelesaikan cara baik demi anak dan keluarga. Kita doakan mereka.