Jika semalam ramai peminat yang terkejut dan seakan tak percaya apabila Yatt Hamzah memfailkan perceraian, tapi nampaknya seperti ada sinar baru dalam rumahtangga pelakon dan pengacara ini.
Artikel berkaitan:
Menurut laporan mStar Online semalam, mahkamah menangguhkan perbicaraan permohonan perceraian yang difailkan oleh Yatt kepada tarikh 12 Mac 2015 untuk sebutan kes dan lantikan peguam.
Cadang Mahu Pergi Kaunseling
Terdahulu, suami Yatt, Abdul Mutalib memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mahu menarik semula kes kerana ingin mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangganya.
Bagaimanapun, Hakim Mohd Saifullah Hamzah menjelaskan plaintif (Yatt) telah pun memfailkan permohonan itu dan kedua-dua pihak perlu berbincang dengan peguam masing-masing bagi meneruskan kes perceraian mereka.
Tutup Khabar Angin Bakal Bercerai?
Namun menerusi perkembangan terbaru yang dilihat di Instagram malam semalam, Yatt sendiri telah memuat naik sekeping foto bersama suami dan anaknya dalam keadaan gembira.
Katanya, mereka sedang mencari barang untuk bertolak ke Syria esok sambil Yatt mengucapkan kata cinta kepada anaknya, Suci Hanania Malika dan suami.
Alhamdulillah jika benar hubungan mereka akan kembali pulih. Tak ada siapa yang gemarkan perceraian, betul tak?
Peminat Tak Mahu Yatt & Suami Berpisah
Peminat-peminat juga bersedih sebaik mengetahui rumahtangga pasangan ini sedang dilanda masalah. Tapi kami percaya Yatt dan suami mampu menyelesaikan perkara ini dengan baik, InsyaAllah.