Sekali lagi, selepas menempuh tahun yang penuh dengan cabaran, kali ini Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah kembali untuk edisi ke-19 dan melihat lebih ramai artis baru dan lama bakal diiktiraf menerusi anugerah yang disediakan.
Semalam, 5 calon terbaik untuk setiap kategori yang akan dipertandingkan di Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) telah pun diumumkan dan hampir 80 calon telah disenarai pendek. Apa yang menarik disini, proses penghakiman telah dibuat oleh juruaudit yang baru dilantik, iaitu KPMG. Disamping itu, sejumlah 57 orang juri dari industri hiburan turut dipilih dan diketuai oleh ketua juri, Adnan Abu Hassan.
Namun bukan itu yang mahu OHBULAN! tekankan, tetapi 2 penyanyi kegemaran OHBULAN! sendiri, Yuna dan Jaclyn Victor! Bukan 2, mahupun 3, tapi 6 pencalonan telah diberikan kepada dua penyanyi popular yang masing-masing mempunyai keunikan tersendiri ini.
Menerusi 17 kategori yang dipertandingkan, Yuna, 25, telah tercalon dalam 5 kategori iaitu ‘Anugerah Kulit Album Terbaik’, ‘Video Muzik Terbaik’, ‘Lagu Pop Terbaik’, ‘Lagu Inggeris Tempatan Terbaik’, dan juga ‘Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu’.
Manakala Jaclyn Victor, 33, pula telah tercalon dalam 4 kategori iaitu ‘Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)’, ‘Lagu Pop Terbaik’, ‘Lagu Inggeris Tempatan Terbaik’, dan juga ‘Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu’.
Persaingan yang agak sengit bukan? Teruskan membaca untuk tahu pencalonan AIM19.
Artis Baru Terbaik
1. Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)
2. Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
3. SalamMusik (Alamak feat Altimet)
4. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)
5. The Malayan (Aku Bukan Lagenda)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
1. Azlan & The Type Writer (Idola)
2. Faizal Tahir (Buta)
3. Hazama (Majnun)
4. Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
5. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
1. Jaclyn Victor (Counting Days)
2. Nora (Doa)
3. Shila Amzah (Patah Seribu)
4. Siti Nurhaliza (I Cry Out)
5. Jaclyn Victor (Jagalah Diri)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
1. Firdaus (Saat Terindah)
2. Forteen (Seperti Dulu)
3. GX4 (Kerana Kasihmu)
4. Prince of Pop (Main Jauh Jauh)
5. SleeQ feat Ramlah Ram (Sesaat Kau Datang)
Kulit Album Terbaik
1. Anuar Sujud (Raunajud) – Filsuf (Muka Surat Satu)
2. Sanjay – Hujan (Sang Enemy)
3. Wing Meng – Love Me Butch (World Wide Transgression)
4. Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)
5. Zul Amran Hilmi – Yuna (Terukir Di Bintang)
Rakaman Album Terbaik
1. Hafiz Hamidun/CL Toh – Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)
2. Eddie Slam/Greg Henderson/Voodoo/Illegal – Jamal Abdillah (Raja Pop 2)
3. Edry Hashim/Manusia Putih/Cat Farish – Kat Hassan (Menggoda)
4. Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)
5. Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/Arief Renald – Shanel (Perjalanan)
Video Muzik Terbaik
1. Sahak – Firdaus (Kerna-nya Aku Menolakmu)
2. Michael Weicker/Marcus Weicker – Goldfish and Blink (Bila Seharusnya feat Noh Saleh)
3. Ghaz Abu Bakar – Stacy (Pelangi Senja)
4. Jeremy Zainal – Suki Low (Terlalu Mencintaimu)
5. Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)
Lagu Pop Etnik Terbaik
1. Endang Endong Cintaku Satu (Wan Mohammad Logan/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
2. Hari Demi Hari (Mohd Shahril/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
3. Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
4. Mahligai (Helen Yap/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
5. Menarik Hati (Asmin Mudin/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
Lagu Nasyid Terbaik
1. Asmaulhusna (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Mawi
2. Allah (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Hafiz Hamidun
3. Garisanmu (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Izzat Mahadi
4. Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
5. Erti Al-Fatihah (Johan Nawawi/Johan Nawawi) – Voice of Ummi
Lagu Rock Terbaik
1. Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer
2. Buta (Audi Mok/Faizal Tahir) – Faizal Tahir
3. Simetri (Audi Mok/Omar K) – Hazama
4. Mati Senyap (Stone/Zizie Hashim) – Silent Death
5. Bebas (Sam) – The Azenders
Lagu Pop Terbaik
1. Sebelah Jiwaku (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor
2. Harapan (Hyper Act/Frozen) – Hyper Act
3. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
4. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna
5. Jagalah Diri (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor
Lagu Hip Hop Terbaik
1. Teman Pengganti (Malique) – Black & Malique
2. Sendiri Di Kuala Lumpur (Belle Fatah/Filsuf/Bob Yusof) – Filsuf
3. Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique
4. Just You And Me (Saph/Shazrina Azman) – MizzNina
5. Tenang Sayang (DJ Jocular/Saph & NBE) – SSK
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1. Memo (Yuna) – Yuna
2. Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victor
3. Stand Up (Bryan Bouro) – Siti Nurhaliza
4. Haircut (Sarah Zainal Abidin) – ZE!
5. Photo Of You (Yuna) – Yuna
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
1. Tentang Rasa (Astrid)
2. Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
3. Aku Bersahaja (Rossa feat Taufik Batisah)
4. Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (Rossa feat Ungu)
5. Aku Kembali (Sammy Simorangkir)
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
1. Arman, Alex, Aye, Rifai & Andy (OST Gerimis Mengundang – Brenda & Budi)
2. Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)
3. Edry Abdul Halim (Kasanova – Stacy)
4. Azlan Abu Hassan (Bertemu Di Syurga – Stephen Rahman Hughes)
5. AG Coco (Terukir Di Bintang – Yuna)
Album Terbaik
1. Sang Enemy (Noh Salleh/AG Coco – Hujan)
2. Hikmah (Johan Nawawi – Nora)
3. Take Off (Pesawat – Pesawat)
4. SalamMusik (Salam – SalamMusik)
5. Stay-C (Muhammad/Kunci Demak – Stacy)
Kredit Gambar : GUA