Sekali terbaca tajuk ini, maka musnahlah segala impian dan harapan vip-vip di luar sana. Kami pasti, ramai juga lelaki biasa diluar sana yang sedang patah hati sekarang, kan?
Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi beza umur 10 tahun tidak pernah menjadi penghalang buat Zain Saidin yang bakal menginjak umur 29 pada tahun ini untuk mengahwini Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta ini. Selepas spekulasi demi spekulasi, akhirnya segala persoalan telah terjawab dan Zain Saidin secara terbuka mengaku bahawa dia kini sedang merancang untuk menjadikan Che Ta sebagai isteri.
“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” ujar Zain kepada portal Gua.
Menurut pelakon kacak ini lagi, Che Ta sendiri telah pun memberikan kata putus dan mengaku mereka berdua serius antara satu sama lain.
“Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini.”
Tahniah diucapkan pada Zain Saidin kerana dapat memikat hati Che Ta.