Sekadar gambar hiasan
Pelik tapi benar! Itulah situasi yang dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki di Uzbekistan yang mempunyai dua zakar dan terpaksa menjalani satu pembedahan rumit bagi membuang salah satu zakar miliknya.
Kanak-kanak ada dua zakar
Foto: Daily Mail
Memetik laporan Daily Mail, individu yang memiliki dua zakar dikenali sebagai diphallia dan kes seumpama ini jarang berlaku dan kebarangkaliannya adalah satu dalam enam juta orang. Bagaimanapun kedua-dua zakar kanak-kanak ini berfungsi dengan baik dan dilaporkan berada dalam keadaan yang normal.
Difahamkan kanak-kanak ini telah dirujuk ke klinik pakar dan perlu menjalani prosedur khas bagi membuang zakar pada sebelah kirinya serta akan pulih sepenuhnya dalam tempoh beberapa minggu.
Bercerita lebih lanjut, pakar bedah menerusi jurnal Urology Case Reports menjelaskan ‘kecacatan’ itu pernah dikesan 100 kali dalam sejarah perubatan dan kali pertama ditemui pada tahun 1609.
Jarang berlaku
Sekadar gambar hiasan
Ujar seorang doktor di Institut Perubatan Pediatrik Tashkent, mempunyai dua zakar adalah anomali yang jarang berlaku dan lazimnya berlaku kepada pesakit yang dilahirkan dengan mempunyai masalah kemaluan atau pun saluran kencing.
Bukan itu sahaja, pakar turut menjelaskan pesakit ini dilahirkan tanpa dubur bagaimanapun satu lubang telah ‘dibina’ selepas dia dilahirkan.
Sumber: Daily Mail