berita

1 Utama Belanja RM1.5 Juta Saring 6000 Pekerja, Penyewa Pusat Beli-Belah

October 13th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: 1 Utama Shopping Centre

Pusat beli-belah 1 Utama menerusi satu kenyataan di Facebook memaklumkan telah menjalankan ujian saringan ke atas pekerja dan penyawa selama dua hari bermula 11 Oktober lalu.

Pengurusan 1 utama menyediakan ujian saringan Covid-19 di kawasan parkir 1 Utama dan kos bernilai RM1.5 juta ditanggung sepenuhnya oleh pusat beli-belah itu.

Langkah selamat

Foto: 1 Utama Shopping Centre

Sebanyak 6000 orang merangkumi pekerja dan penyewa disaring dalam masa 2 hari iaitu pada 11 Oktober dan 12 Oktober 2020. Ujian saringan ini melibatkan seramai 10 orang doktor dan pasukan kesihatan yang bertungkus lumus untuk memastikan proses ujian saringan berjalan dengan lancar.

Foto: 1 Utama Shopping Centre

Kaunter pendaftaran turut disediakan sanitasi tangan. Pihak 1 Utama juga menyediakan kerusi roda bagi warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan wanita mengandung.

Pengurusan 1 Utama juga memohon maaf atas kekurangan mereka dalam menghadapi situasi pada hari pertama kes Covid-19 dikesan di pusat beli-belah mereka. Bagi memastikan keselamatan pengunjung kelak, aktiviti sanitasi dan nyahkuman juga telah dilakukan di kawasan berisiko sekitar pusat beli-belah itu.

https://www.facebook.com/1Utama/videos/268617904366114

Sumber: 1 Utama Shopping Centre

SKIP THIS AD ×