berita

Padat Dengan Aktiviti Best, Ini Itinerari Percutian 8 Hari 7 Malam Kami Ke Melbourne Bersama AirAsia X

February 4th, 2023 | by AnisAffandi
Kini Trending

Hampir dua tahun rakyat Malaysia tidak dibenarkan terbang ke luar negara akibat wabak, tahun 2022 membuka lebih banyak ruang kebahagiaan khususnya buat anda yang sudah lama gian ingin melancong ke luar negara. Kini, banyak syarikat penerbangan tempatan mahupun antarabangsa serta agensi pelancongan memperkenalkan tawaran dan promosi menarik untuk anda kembali melancong.

Sebagai penutup tahun 2022, OHBULAN! telah dijemput oleh Visit Victoria untuk menyertai AirAsia X Rediscover Melbourne bagi merasai sendiri pengalaman bercuti di beberapa tempat tumpuan pelancongan di Melbourne, Australia. Sebut tentang Australia, perkara pertama yang mungkin terlintas dalam kalangan kita ialah kangaroo dan beruang koala. Namun, setelah beberapa hari berada di Melbourne, kami terkejut kerana banyak lagi tarikan utama yang anda semua boleh terokai! Ini dah sambungan Part 1 tau!

Baca juga: Padat Dengan Aktiviti Menarik, Ini Itinerari Percutian 8 Hari 7 Malam Kami Ke Melbourne Bersama AirAsia X

Itinerari Percutian 8 Hari 7 Malam Kami Ke Melbourne Bersama AirAsia X

1.CITY BIKE RIDE & MELBOURNE WALKS

Inilah masanya untuk kita yang tinggal di negara yang mempunyai cuaca panas untuk mencuba aktiviti seperti mengayuh basikal. Apabila berpeluang datang ke Melbourne, apa kata anda cuba khidmat yang ditawarkan oleh Melbourne by Bike City Tour yang mempunyai ‘tour guide’ untuk membawa anda pusing-pusing kota Melbourne dari kaca mata pengayuh basikal. Dalam cuaca yang sejuk dan angin sepoi-sepoi bahasa, memang tak rasa langsung kepenatan pusing kota Melbourne selama 2 jam ini!

Dalam masa yang sama, kalau anda rasa macam tak ‘fit’ untuk mengayuh basikal, ada pilihan lain iaitu Melbourne Walks yang menawarkan khidmat tour berjalan kaki. Dalam tour ini anda disediakan seorang tour guide yang akan menunjukkan keindahan lokasi OOTD di kawasan bangunan dihiasi lukisan-lukisan dari artis jalanan dan terkemuka.

2.CALDERMEADE DAIRY

Menjadi pilihan keluarga iaitu Caldermeade Dairy apabila anda akan dibawa menaiki ‘truck’ masuk ke dalam kandang lembu. Besar dan sihat ya lembu di sini kerana ia merupakan ladang lembu penghasilan susu lembu terbaik. Anda juga boleh santai-santai memberi makan kepada anak-anak kambing juga!

3.PHILLIP ISLAND

Tidak sah kalau anda datang ke Melbourne tetapi tidak singgah di salah sebuah lokasi perlindungan di bawah Victoria Island iaitu Philip Island. Perjalanan mengambil masa selama dua jam dari kota Melbourne akan memenuhkan itinerari anda apabila anda akan disajikan dengan kehijauan pokok-pokok, kawasan penguin, pantai yang bersih dan habitat haiwan liar yang tak ada di Malaysia. Bayangkan, wombat berjalan-jalan di sepanjang perjalanan sahaja!

4.PHILLIP ISLAND HELICOPTERS

Selalu tengok orang naik helikopter dalam filem sahaja kan? Bila pula peluang kita? Bila dah sampai di Phillip Island ini, salah satu lokasi wajib anda cuba adalah Phillip Island Helicopters. Merupakan antara saranan untuk pelancong luar di bawah Australian Tourism, Philip Island Helicopters menawarkan lapan waktu penerbangan dari lapan minit ke 42 minit. Sudah pasti akan disajikan dengan pemandangan Phillip Island yang indah dan juruterbang pun kacak-kacak belaka!

-PHILLIP ISLAND CHOCOLATE FACTORY

Selesai sahaja urusan ‘mencuci mata’ dan rasai pengalaman naik helikopter, kami singgah pula di Phillip Island Chocolate Factory yang dekat sahaja lokasi dengan Philip Island Helicopters. Mempunyai lebih dari 190 jenis coklat pelbagai rasa, Visit Panny’s Amazing World of Chocolate juga mempunyai pameran informasi mengenai penghasilan koko dan anda juga boleh cuba pelbagai jenis ‘game box’ yang berasaskan coklat siap ada kampung coklat bersama keretapi!

Habis sahaja mengetahui pelbagai informasi mengenai coklat, jangan lupa untuk basahkan tekak dengan ‘Ice Chocolate’ yang sedap!

5. PHILLIP ISLAND NATURE PARK

Inilah yang paling dinanti-nantikan apabila datang ke Phillip Island kerana di sini anda berpeluang untuk melihat haiwan comel iaitu penguin! Di Phillip Island Nature Park anda dapat menghabiskan masa bersama keluarga kerana penuh dengan pelbagai aktiviti interaktif, pameran multimedia dan boleh rasai pengalaman bermain dengan penguin atau singa laut secara ‘virtual’.

Bukan itu sahaja, aktiviti yang paling dinantikan iaitu melihat penguin naik darat adalah bermula kira-kira jam 8.20 malam apabila mereka pulang dari laut dan melalui ‘Penguin Parade’s‘. Anda hanya perlu duduk di tempat yang telah disediakan ibarat bakal menonton konsert dan rasai pengalaman melihat jenis penguin yang ada di Phillip Island ini yang merupakan jenis penguin terkecil di dunia dengan mempunyai bulu halus berwarna biru dan putih.

*Tapi, ingatlah bahawa anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar dan rekod kerana ‘flash’ kamera boleh membutakan mata penguin.

6.PROM COUNTRY LODGE &  INVERLOCH GLAMPING

Tak tahu nak menginap di mana bila berada di Phillip Island? Anda boleh cuba menginap di Prom Country Lodge yang terletak di Wilsons Prom. Memang ada ‘old school vibe’ dan sangat sejuk ya di kawasan ini. Pastikan baju sejuk dah siap sedia!

Bukan itu sahaja, jika anda ingin merasakan pengalaman bermalam ala glamping, anda boleh cuba Inverloch Glamping yang baharu sahaja dibuka untuk orang ramai. Bukan sahaja selasa dan cantik malah anda juga akan disajikan dengan pemandangan laut yang hanya berhadapan tempat glamping. Nampak mewah dan rasai penginapan glamping mewah di sini.

Tak dilupakan kami juga turut dibawa singgah ke Squeaky Beach yang bila kita jalan di atas kawasan akan mengeluarkan bunyi ‘quek quek’. Macam mana tu? Kena pergi cuba!

7. KORI ICE CREAM

Walaupun cuaca nyaman dan sejuk tetapi itu bukan penghalang untuk mencuba aiskrim dan gelato yang menjadi kegilaan ramai di Melbourne. Kori Ice Cream yang dapat inspirasi dari Jepun ini merupakan pilihan tepat bagi mendapatkan pelbagai jenis rasa aiskrim yang semulajadi. Pilihan paling top adalah perisa Fuji Apple dan semuanya resepi diolah sendiri oleh tuan kedai yang berasal dari Johor Bharu.

Sudah selesai perjalanan di Philip Island, kami pulang ke kota Melbourne City lagi sekali untuk berangkat pulang pada keesokkan harinya dengan penerbangan AirAsia X. Konklusinya, pengalaman di Melbourne bukan hanya sekadar melihat kangaroo seperti yang diperkatakan ramai malah lebih banyak dari apa yang disangka! Oleh itu, untuk cuti sekolah akan datang apa kata bawa satu keluarga ke Melbourne untuk anda rasai pengalaman percutian yang selesa dan ‘family friendly’.

Terbaik Visit Victoria!

SKIP THIS AD ×