berita

10 Filem Seram Terbaik Turki Yang Buat Anda Meremang & Seram Sejuk!

July 6th, 2020 | by AnisAffandi
Filem Antarabangsa

Sebut sahaja pasal filem seram, pasti ramai yang teruja ingin menontonnnya. Pelbagai jenis filem seram yang ada untuk tontonan umum seperti filem seram Thailand, Korea, Melayu, English dan Jepun.

Namun kita jarang sekali didedahkan dengan filem seram dari Turki. Di Twitter, seorang pengguna berkongsi antara 10 filem seram Turki yang boleh buat anda meremang!

10 Senarai filem seram Turki

1. Dabbe 4: Cin Carpmasi

Filem arahan Hasan Karacadag mengisahkan Kubra yang dirasuki sesuatu yang tidak diketahui ketika melakukan persiapan untuk perkahwinannya. Bagi menyembuhkan Kubra, seorang psikiatri yang juga merupakan rakan lama Kubra bekerjasama dengan penghalau syaitan untuk selamatkan Kubra.

2. Zuzula

Zuzula yang merupakan filem arahan Ercan Er mengisahkan Ada yang dibesarkan di asrama disebabkan kematian ahli keluarga dia yang mencurigakan ketika dia masih bayi. Ada meneruskan kehidupan dirumahnya sendirian melalui pelbagai halusinasi ketika berada di rumah. Ada mengesyaki bahawa apa yang sedang berlaku itu mempunyai kaitan dengan kematian keluarganya yang mencurigakan itu.

3. Kapalak Kizi

Filem seram arahan Fatih Gurler dan Ramazan Ozer mengisahkan tiga orang rakan memasuki sebuah bangunan tinggal. Dari perkara itu, pelbagai kejadian telah menghantui mereka.

4. Vampiria

Filem seram arahan Hasan Karacadag ini mengisahkan Olivia yang merupakan seorang wartawan berpangkalan di New York. Beliau memulakan jalan ke Turki setelah mendapat berita bahawa adiknya sedang hamil. Marla memutuskan hubungannya dengan seseorang tetapi ingin menjaga bayinya yang masih dalam kandungan.

5. Beddua

Beddua atau the curse merupakan filem seram Turki arahan Alper Mestci yang mengisahkan empat orang rakan sekolah bernama Melek, Burcu, Eda dan Ayla yang mana masih kekal sebagai BFF walaupun sudah graduasi. Hidup mereka berubah apabila mereka berjumpa bomoh bernama Havel. Mereka mati seorang demi seorang disebabkan sumpahan oleh bomoh tersebut.

6. Bezm-i Ezel

Bezm-i Ezel merupakan filem seram arahan Aykut Can Demirel yang mengisahkan tentang kekasih bernama Yasemin dan Mustafa yang berasal dari pelbagai agama dan berkongsi rumah bersama Izmir. Yasemin yang ingin melalui kehidupan biasa bertukar mimpi ngeri. Kejadian paranormal itu menyebabkan dia mengalami tekanan yang dahsyat. Mustafa cuba menenangkan Yasemin tapi pada masa beliau risau dengan keadaan wanita itu.

7. Ummu Sibyan

Filem arahan Efe Hizzir ini  mengisahkan sekumpulan rakan menyelinap ke dalam sekolah mereka untuk mengadakan parti. Mereka mengadakan satu ritual tanpa mengetahui kejadian yang sedang menanti mereka.

8. Kapidaki Sir

Kapidaki Sir antara filem seram arahan Mehmet Ali Zain yang mengisahkan suami wanita yang membuat perjanjian dengan cult kira-kira 200 tahun yang lalu. Walaubagaimanapun lelaki tersebut telah melanggar perjanjian tersebut dengan membayar melalui nyawanya sendiri.

9. Ecinni

Ecinni arahan Mehmet Saglam ini merupakan filem yang mengisahkan seorang wanita bernama Melike yang menemui kekuatan baru dalam dirinya dengan kehadiran orang-orang baru. Namun satu peristiwa berlaku dimana Yilmaz, Sinan, Eda dan Selma ingin membuka kubur seorang biarawati Armenia.

10. Azem 3: Cin Tohumu

Filem seram arahan Hurcan Emre Yilmazer ini mengisahkan Zehra seorang isteri yang cemburu yang meragui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan rakannya. Zehra yang merancang untuk melakukan sihir ilmu hitam oleh beberapa sheikh untuk mendapatkan suaminya kembali.

Dengan senarai yang ada ini, anda sudah tidak perlu risau memikirkan filem apa yang mahu anda tonton. Filem-filem seram ini mungkin membuatkan anda tersembunyi di bawah selimut ketika menonton.

Sumber : Jiwa Kita

SKIP THIS AD ×