Sebenarnya bukan sebab kerja yang buatkan korang stress. Tapi sebab perangai annoying bos yang terpaksa korang hadap setiap hari.
Kalau bukan disebabkan nak bayar komitmen bulan-bulan, sudah tentu korang dah awal-awal bagi notis berhenti kerja 24 jam. Cuba check bos korang ada perangai pelik-pelik macamni tak.
1. Aku Bos, Aku Je Betul
Pantang kita cakap dia salah, mesti dia moody seharian. Aih!
2. KPI, KPI, KPI….
Setiap company mesti ada target dan target tu bukanlah calang-calang dan kerana itu anda akan dengar perkataan KPI saban hari.
3. Sila Ampu Aku
Untuk memastikan kelangsungan hidup, korang haruslah menjadi pengampu dan kaki kipas paling power di alam semesta. Lagi-lagi dapat bos perempuan, pujilah selalu dengan menyatakan bahawa semakin cantik persis Nora Danish.
4. Korang Milik Aku 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu, 365 Hari Setahun
Jangan beranganlah nak bersukaria hujung minggu dan public holiday sebab ada jenis bos yang macamni. Nasib kau lah labu!
5. Aku Terpaksa Masukkan Gaji Korang Lambat
Adoiyai…Hari-hari tanpa jemu check online banking sama ada gaji dah masuk ke belum. Tapi, pengakhirannya hampa.. Takpelah Bos. Saya dah biasa makan hati.
6. Kau Bukan Sahaja Staff Aku, Tapi PA Tak Berbayar
Walaupun dalam job description takde pun tulis yang korang kena manage jadual dia, sebabkan dia bos, korang kena buat juga. Kadang-kadang kena tolong ambil dan hantar anak dia ke sekolah. Mampu?
7. Aku Nak Kau Buat Ni ASAP!
Anda dah ada hot date dengan suami tercinta, tiba-tiba bos minta anda buat proposal as soon as possible. ARGGHHHHH!!
8. Aku Boleh Dapat Pekerja Lagi Bagus Daripada Kau
Inilah reaksi bos anda bila kerja korang tak menepati kehendaknya!
9. Ha! Nak Naik Gaji? Nak Bonus? (Buat Muka Suspen)
Ni yang paling sadis. Walaupun dah bertahun-tahun kerja dengan dia, gaji langsung tak naik. Buat tak reti je!
10. Cuti Apa Lagi Kau Nak Ni? (Muka Suspen Buat Kali Kedua)
Bukan korang sahaja rupanya yang ada krisis dengan bos, menteri juga kadang-kadang terpaksa bertahan dengan perangai bos masing-masing. Haha.