berita

10 Sebab K-Pop Digilai Di Malaysia

December 27th, 2012 | by Ai
Hollywood

Tarian bertenaga, muzik mengghairahkan, paras wajah yang cantik dan kacak, serta suara yang mampu memikat hati yang mendengar, itu bukanlah satu perkara yang asing bagi peminat-peminat K-Pop di Malaysia.

Sejak beberapa tahun lepas, fenomena K-Pop telah menular hampir ke seluruh peminat muzik tempatan tak kira umur, bangsa, dan juga jantina. Tidak terhad pada muzik, budaya K-Pop juga telah mempengaruhi kreativiti dan fesyen rakyat tempatan.

Melalui Wikipedia, K-Pop bermaksud “Korean Pop” atau pun “Korean popular music”. Ia sendiri terbahagi kepada beberapa genre muzik seperti pop, bubblegum pop, dance, electronic, electropop, hip-hop, rock dan R&B yang berasal dari Korea Selatan. Dikatakan, moden K-Pop telah bermula pada tahun 1992 apabila munculnya kumpulan “Seo Taiji & Boys” dengan lagu genre dance & rap mereka.

Di Malaysia, K-Pop mula dikenali menjadi bualan sejak tahun 2008 dilaman-laman sosial dan semuanya bermula apabil kumpulan “Super Junior” mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi single mereka, “Sorry, Sorry” pada tahun 2009. Dari situlah, K-Pop terus berjaya menawan hati peminat-peminat di Malaysia.

Namun apakah sebab sebenar yang betul-betul memikat hati para peminat K-Pop? Adakah kerana muziknya sahaja? Atau kerana populariti K-Pop itu sendiri?

OHBULAN! dengan kerjasama beberapa orang penulis lain telah membuat sedikit penyelidikan terhadap peminat-peminat K-Pop dan hasilnya, 10 sebab mengapa K-Pop digilai di Malaysia telah pun dikumpul.

Paras Rupa

Dimana pun kita berada, paras rupa pasti menjadi daya tarikan utama apabila bertemu seseorang. Umum tahu, para selebriti K-Pop mempunyai paras wajah yang cantik dan kacak. Lihatlah sendiri Choi Si Won dan Kim Hyun Joong yang kacak? Atau mungkin Jiyeon dan Yoona yang comel dan cantik? Siapa yang tidak akan terpikat, kan?

Muzik

Muzik yang menarik juga adalah sebab mengapa peminat di Malaysia meminati K-Pop. Diisi dengan bunyi bass yang padat dan susunan muzik yang bertenaga, K-Pop mampu membuatkan adrenalin para pendengarnya menjadi laju dan terpengaruh.

Tarian

Kalau kita lihat dimana-mana pun, tarian sentiasa menjadi perhatian ramai. Seseorang yang tahu menari mampu meningkatkan daya tarikan sendiri 2 kali ganda dari orang biasa. Sememangnya kumpulan K-Pop terkenal dengan pelbagai jenis tarian.

Seorang peminat K-Pop turut menyatakan, “Lelaki kelihatan seksi bila mereka menari dengan penuh perasaan dan gaya.”

Fesyen

Disamping tarian, paras wajah dan juga skil menari, cara pemakaian atau lebih senang dipanggil fesyen juga mempengaruhi peminat K-Pop tempatan. Kebanyakan kumpulan K-Pop memakai pakaian mengikut identiti masing-masing. Dan, mereka semua tahu berfesyen.

Persembahan secara langsung

Berbanding artis-artis di Malaysia, artis K-Pop selalu mengadakan sesi konsert jelajah ke seluruh dunia dan mereka juga rajin membuat konsert-konsert kecil. Apa yang pasti, persembahan artis K-Pop secara langsung sememangnya sempurna dan mereka tahu bagaimana hendak berkomunikasi dengan peminat.

Muzik video yang menarik

Untuk impresi buat pertama kali, OHBULAN! percaya anda pasti akan lebih tertarik jika melihat muzik video kumpulan K-Pop. Dengan kualiti dan jalan penceritaan yang ringkas, muzik video K-Pop mampu memikat hati penonton.

Lirik lagu

Kalau dilihat, K-Pop juga sudah biasa menggabungkan dua bahasa di dalam satu lagu. Iaitu bahasa ibunda mereka dan juga bahasa Inggeris. Ini sekaligus memberikan pemahaman pada pendengar yang selama ini tidak memahami bahasa Korea.

Pengaruh kawan-kawan

Kebanyakan peminat K-Pop tempatan terdiri daripada remaja berusia 12-18 tahun dan mereka ini kebanyakannya bermula dari pengaruh rakan-rakan. Melalui temubual bersama remaja berusia 16 tahun, “Saya pertama kali dengar lagu K-Pop ketika berumur 14 tahun. Pada waktu itu, siapa saja yang dengar lagu K-Pop nampak sangat ‘cool’.”

Perwatakan

Jenama K-Pop itu sendiri sangatlah mantap sehingga apabila kita membuat riak wajah comel dengan gaya, pasti ada orang yang akan berkata kita melakukan gaya artis K-Pop. Artis-artis K-Pop memang selalu muncul dengan gaya-gaya yang comel tidak kira lelaki atau perempuan dan juga macho.

Daya tarikan seperti inilah yang benar-benar memikat hati para peminat K-Pop tempatan.

Komuniti K-Pop Tempatan

Akhir sekali, jaringan komuniti K-Pop tempatan sendiri yang sebenarnya menggerakkan peminat K-Pop tempatan. Jika anda lihat, terdapat banyak kumpulan peminat-peminat kumpulan K-Pop masing-masing seperti BBVIP, 2NE1, Suju, dan banyak lagi kumpulan lain.

Melalui laman Twitter, Facebook dan Myspace, peminat K-Pop sentiasa mengekalkan hubungan mereka dan juga berkongsi maklumat terbaru tentang berita K-Pop.

Berikut adalah video ketika persembahan langsung Super Junior M baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Super Junior M Live In Malaysia 2012

SKIP THIS AD ×