Bukan nak kata apa, tapi sebenarnya kami kurang berminat menonton program Kilauan Emas. Jangan pula melatah kata kami berlagak atau memilih, tapi sejujurnya kami tak rasa rancangan itu relevan untuk tontonan umum.
Memandangkan Kilauan Emas bakal memasuki musim kelima tak lama lagi, jom kita bincangkan sebab-sebab program ini kurang digemari.
Mungkin korang pun ada sebab tersendiri yang tak terfikir oleh kami. Tapi buat peminat setia Kilauan Emas, mohon jangan kecam kami. Ini cuma pendapat sahaja. Hihi!
1. Terbayang nenek sendiri berjoget atas pentas, seram!
2. Pitching lari kelaut..Tak pasti yang menang itu kerana layak, atau kerana kesian
Memang ada yang bersuara sedap macam penyanyi profesional, tapi ada juga yang kena pergi kelas vokal dulu sebelum masuk pertandingan.
3. Dah tua-tua ni bakat simpan kat rumah je lah
4. Lebih baik tengok program Imam Muda, dapat muhasabah diri
5. Jiran mengata ‘buang tebiat’
6. Terbayang gigi palsu tercabut masa menyanyi. Semua sebab iklan Polident
7. Juara tak kemana
Kami tak tahu apa perkembangan terbaru juara-juara Kilauan Emas dan kebanyakan pertandingan menyanyi yang lain. Kalau yang muda mudi tu bolehlah jadi pelakon atau penyampai radio, tapi kalau yang berusia, mungkin kembali menyanyi di undangan kecil-kecilan.
8. Bukan ke lagi elok join marhaban?
9. Malu kat anak cucu
10. Tak boleh terima orang tua cuba jadi macam anak muda
Agak-agaknya ada tak ahli keluarga atau saudara-mara pembaca OHBULAN! yang pergi audition Kilauan Emas musim kelima ni? Kalau ada, good luck okay!