Salah satu haiwan peliharaan yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia ialah kucing. Haiwan jinak ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri sememangnya akan membuat penggemar kucing menyayanginya lebih dari apa pun. Haiwan ini turut memiliki hubungan paling rapat dengan manusia berbanding haiwan lain dan akan membuat pemiliknya merasai kesedihan apabila kucing kesayangan mereka pergi buat selama-lamanya.
Begitulah yang dilalui oleh seorang pemilik kucing yang meluah rasa sedih setelah 10 tahun membelanya. Menerusi Facebook Azhar Kingfisher, kucing peliharaannya yang telah pergi tidak boleh dicari pengganti.
Bela sejak tahun 2010
Terima kasih Ya Allah. Kerana hadirkan seekor kucing dalam keluarga dan hidupku yang diberi nama Epot. Asalnya kucing orang, dengan berloket dileher. Mungkin keserasiannya dengan aku membuatkan si Epot tak mahu pulang ke rumah tuannya. Walaupun sering kali tuannya datang ambil. Sampai la suatu hari tuannya menanggal loket dilehernya. Berertinya bebas pada waktu itu. Dan secara tidak langsung aku menjadi penjaganya pada tahun 2010.
Jaga rumah dari binatang lain
Pada tahun itu juga aku dikurniakan rezeki anak sulung. Epot bukan la seekor kucing jantan yang mahal. Mungkin kacukan dari kucing kampung dgn British Shothair. Membuatkan aku tertarik dan amat menyayangi tentang dirinya dalah disebabkan kesetiaan kepada tuannya. Menjaga rumah dari binatang-binatang yang tak sepatutnya berada dikawasan rumah. Malahan anjing pun dia kerap bergaduh. Sampai koyak telinga dia. Boleh dikatakan penjaga kawasan la. Apa yang membuatkan aku terharu dan amat menyayangi Epot. Dia seakan-akan memahami perasaan kita. Memahami apa yang kita cakap. Kalau dia buat salah, contoh kencing dalam umah. Epot tak akan masuk rumah selagi tak panggil masuk. Hanya duduk depan pintu. Macam tau dia ada buat salah. Sekali tu jer la pancut dalam rumah. Lepas tu tak dah.
Macam faham perasaan tuannya
Si Epot ni dia tak pandai bergurau manja macam kucing lain. Kalau kita bergurau macam kucing lain, nak manja-manja, confirm merasa kuku dia.Hahaha. Berapa orang dah kena.Tuan sendiri pun kena. Kadang bila kita moody ke, penat ke, dia seakan memahami. Datang cium kita. Laga-lagakan kepala dia dengan kita. Bila malam, dia akan masuk rumah, dia akan tidur disebelah anak-anak aku. Ada masa dia akan tidur di bahu aku. Bila kita balik dengar bunyi moto ke, lori ke, berlari dia menuju ke pintu rumah. Konon-konon penghormatan kepada tuan la tu. Macam dia diajar pulak. Kalau sehari aku tak nampak dia, mesti aku menjerit panggil nama dia, EPOOOTTTTTT. Sampai jiran tau dah. Kadang siap orang bagitahu dah dia ada kat mana kat mana. Kalau area Simpang Lima Kampung Sitiawan dekat dengan kedai toke tu. Orang gelar dia kucing gangster. Abis kucing jantan dengan anjing kawasan tu dikerjakannya. Hampir 10 tahun dia bersamaku. Dari lumut pindah ke Kampung Sitiawan sampai la pindah ke rumah sendiri.
Sakit demam terlalu panas
Hari ni 18hb april 2020 jam 2205. Epot telah meninggalkan kami sekeluarga. Dia sakit start hari pertama PKP. Hari kelima PKP aku bawa dia pergi klinik. Doktor cakap dia demam terlalu panas. Ubat klinik, ubat tradisional habis aku bagi pun tak kurang juga. Start dari mula dia sakit sampai ke akhir hayat dia langsung tak makan. Bini aku menjadi jururawat dia. Bagi makan ubat. Suapkan air. Lapkan taik mata dia. Hampir sebulan bini aku jaga macam anak dibuatnya. Tipu la kalau tak sedih. Sedih, satu keluarga menangis. Aku tak la menangis, cuma meleleh air mata je.
Tiada lagi pengganti dirinya
Sebelum Epot mati. Dia menjerit-jerit mungkin memanggil aku. Bila aku datang gosok kepala dia. Dia diam, tercungap-cungap. Apa yang Epot nak sampai pun aku tak tau. Aku cakap kat dia. Epot pergi jela. Allah panggil. Esok-esok kot jumpa kat sana ye. Terlihat air mata dia meleleh. Kesusahan dan kesenangan dia bersama dan disisiku. Sebelum ni, balik je trip jarak. Balance ikan umpan mesti aku kutip. Teringat kat jantan sekor tu, Epot. Ada rezeki dia nak makan ikan. Lepas ni takde dah la. Memang dia seekor binatang, tapi perasaan memahami lebih dari seorang manusia. Mungkin tiada lagi pengganti dirinya sebagai binatang kanan diriku, mahu pun penjaga rumahku.
Selamat jalan sayangku.
Sumber: Azhar Kingfisher