berita

11 Foto Selebriti Di Malam Gala Tayangan Filem Skyfall

November 1st, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Sempena kemunculan filem “Skyfall”  hari ini, pihak ntv7 terlebih dahulu mengadakan tawaran istimewa kepada orang ramai untuk menonton filem tersebut pada 29 Oktober lalu bertempat di Cathay Cineplex, [email protected]

Antara selebriti yang hadir di majlis tersebut adalah Zizan Nin, Daphne Iking, Faradhiya, Julia Ziegler, dan Lisa Wong.

Majlis tersebut telah dihadiri hampir 1,000 orang tetamu.

Bagi meraikan ulangtahun ke-50 James Bond, pihak ntv7 akan menyiarkan pelbagai filem aksi tersebut selama lima minggu berturut-turut bermula 7 Oktober hingga 4 November ini.

Maraton filem akan berakhir menerusi penyiaran sebuah lagi filem James Bond lakonan Daniel Craig berjudul “Casino Royale.”

“Casino Royale” merupakan filem ke-21 siri agen 007 dan ia merupakan filem pertama yang dibintangi oleh Daniel Craig sebagai hero baru bagi menggantikan Pierce Brosnan.

Filem James Bond yang telah menghiasi slot “Sunday Movies” setiap hari Ahad, pada jam 11 malam di ntv7 sebelum ini adalah Golden Eye, Tomorrow Never Dies, The World Is Not Enough, dan Die Another Day.

Berikut merupakan beberapa foto selebriti yang hadir pada Malam Gala Tayangan Filem Skyfall pada 29 Oktober lalu.

SKIP THIS AD ×