berita

[11] Foto & Video Pre-Wedding Zul Huzaimy Dengan Anaknya

February 17th, 2015 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2015-02-17 at 12.29.31

Kami pasti Zul Huzaimy dan bakal isterinya, Nur Ernawati Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai Erna tak sabar menanti tarikh 20 Februari ini untuk diijabkabulkan.

Walaupun sibuk dengan persiapan menjelang hari bahagia itu, pasangan ini tetap juga mencuri masa untuk melakukan pre-wedding photoshoot sama macam bakal pengantin yang lain.

Photoshoot Dengan Anak Sekali. How Sweet!

Pre-wedding photoshoot Zul Huzaimy-2

Apa yang menarik, photoshoot itu menjadi lebih berseri apabila anak Zul menerusi perkahwinan terdahulu turut sama bergambar dengan bapa dan bakal ibu barunya itu. Comel sangat!

Screen Shot 2015-02-17 at 12.34.06

Sekali pandang wajah Erna ada sipi-sipi mirip Wawa Zainal. Mungkin kerana lesung pipit di pipinya membuatkan mereka nampak seiras. Tapi sebenarnya Erna adalah sepupu kepada Liyana Jasmay.

Video Teaser Sebelum Hari Bahagia

Official videographer yang bertanggungjawab merakam momen indah pasangan ini turut sempat menyediakan video teaser Zul dan Erna yang sangat sweet semasa fitting session. Memang terserlah kebahagiaan bakal mempelai ni.

Kredit: Foto – LOOKitLOVE Photography, Video – Fixnetworks Design

SKIP THIS AD ×