berita

11 Tahun Bertarung Nyawa Akibat Kanser Hati, Kim Bo Kyung Disahkan Meninggal Dunia

February 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan satu berita kematian seorang pelakon yang cukup berbakat iaitu Kim Bo Kyung. Aktres cantik jelita ini disahkan meninggal dunia pada usianya 44 tahun.

Hidap barah hati

Memetik laporan Soompi, Kim Bo Kyung yang juga merupakan pelakon drama Blood ini telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Februari yang lalu. Difahamkan, aktres Korea Selatan ini merupakan seorang pejuang kanser dan dia telah disahkan menghidap  barah hati sejak 11 tahun yang lalu. Kim Bo Kyung telah dikebumikan di tempat kelahirannya di Busan. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli keluarga dan teman rapat mendiang.

Menurut sumber, Kim Bo Kyung mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 1998 iaitu ketika dia baru sahaja berusia 22 tahun. Dari tahun ke tahun, namanya mula meningkat naik sehingga ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan filem termasuk The Epitaph (2007), drama Behind The White Tower, The Day He Arrives (2011), School (2001) dan banyak lagi.

Sumber: Soompi

SKIP THIS AD ×