berita

12 Foto Hi-Res Anak Ke-6 Didie Alias, Muhammad Dayyan. Kacak!

July 4th, 2014 | by Ai
Kini Trending

_MG_3708

Kebelakangan ni, dah jadi satu kebiasaan dan lumrah pasangan yang baru menimang cahaya mata untuk membuat sesi fotografi anak mereka.

Makin lama aktiviti macam ni semakin viral. Biasalah, ada yang setuju, ada juga yang menegah kerana kasihankan baby yang mungkin tak selesa sewaktu penggambaran dijalankan. Tapi apa yang penting, hasilnya sangat memuaskan bila melihat foto-foto comel mereka.

Terbaru, Didie Alias pun tak ketinggalan merakam saat manis bayi lelaki yang baru dilahirkannya minggu lepas iaitu Muhammad Dayyan dengan menggunakan khidmat photographer profesional, Amalina Tuna Photography.

_MG_4002

Semua gambar Dayyan yang dikirimkan Amalina memang comel-comel belaka. Walaupun baru berusia lima hari sewaktu gambarnya diambil, tapi rasanya dah nampak ciri-ciri Dayyan bakal membesar menjadi lelaki yang handsome.

Untuk pengetahuan, Didie telah selamat melahirkan Dayyan pada 27 Jun 2014 jam 3.35 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. Dayyan merupakan anak pertama selebriti itu bersama suaminya, Norisham, tetapi Didie telah dikurniakan lima orang anak dari perkahwinan terdahulu.

Apapun, jom tengok kecomelan Dayyan di bawah ni. Bila diamati, wajah Dayyan mirip Didie Alias kan? Orang kata, kalau anak lelaki ikut muka mak, Insya-Allah tak susah menjaganya. Tapi semua tu sekadar buah mulut je. Harapnya betullah.

SKIP THIS AD ×