berita

12 Tahanan Dibebaskan, Pakar Bedah Pula Kata Adib Mungkin Hilang Ingatan

April 2nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes kematian bomba sewaktu rusuhan kuil di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu masih lagi dalam siasatan. Terbaru menerusi Harian Metro, arwah Adib mungkin hilang ingatan sewaktu disoal mengenai dia dipukul atau tidak. Selain itu, 12 tahanan berhubung kes itu turut dibebaskan dengan jaminan polis dan bon jaminan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Adib mungkin hilang ingatan

Menurut Asisten Superintendan Lew Keng Joe yang menjadi saksi ke-28 inkues, berkata kali kedua beliau melawat anggota tersebut ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN) pada 12 Disember tahun lalu dan mengajukan beberapa soalan kepada Adib namun Adib tidak menjawab.

Dia turut menegaskan bahawa Dr Ezani (Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik IJN, Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib) berkata mungkin Adib hilang ingatan kerana tekanan darahnya yang rendah. Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin pada hari ke-21 inkues kematian Muhammad Adib.

Dr Ezani (Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik IJN, Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib) kata Adib mungkin hilang ingatan sebab tekanan darahnya yang rendah.

12 tahanan dibebaskan

Sementara itu, 12 tahanan yang ditangkap pihak polis berhubung kes Adib turut dibebaskan dengan jaminan polis dan bon jaminan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Dalam siasatan, 12 tangkapan ini memang mereka di persekitaran kuil. Hasil rakaman percakapan dan soal siasat… tetapi mereka tidak terbabit dalam kejadian sebab kebanyakannya berada di sebelah kuil.

Hanya dua suspek berada berdekatan iaitu (yang bernama) Ganesh dan Nasaruddin.

Hanya lihat ada pergerakan (seperti memukul), tetapi tidak lihat sesiapa ada (yang menjadi mangsa),

Dia turut berkata kepada Faten Hadni bahawa hasil tangkapan tersebut tiada seorang pun yang melihat Adib dipukul. Dia juga memberitahu seramai 61 saksi termasuk 21 orang awam sudah memberi keterangan berhubung kes itu.

Selain itu, pihak polis Bukit Aman telah membuat hebahan dengan menyiarkan 66 gambar individu yang tidak diketahui identiti untuk tampilkan membantu siasatan kes.

Tetapi buat masa ini, tiada seorang pun yang tampil.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×