berita

130 Kawasan Di Klang, Shah Alam & Petaling Bakal Alami Gangguan Bekalan Air Hari Ini

December 29th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Gangguan bekalan air di Selangor bukanlah pertama kali berlaku dan kejadian seperti ini ibarat acara bulanan sehingga penduduk di negeri itu sudah mula ‘jemu’ dengan masalah ini.

Terbaru, paip utama di Seksyen 15 Shah Alam telah pecah dan menyebabkan bebebapa kawasan di sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling mengalami gangguan air.

Gangguan air tidak berjadual

Foto: Mynewshub

Menurut makluman itu, bagi memastikan kerja-kerja pembaikan ini berjalan dengan lancar, Air Selangor akan menutup bekalan air pada jam 1:00 petang, 29 Disember 2020. Justeru, penutupan bekalan air ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 58 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan 72 kawasan di Wilayah Petaling.

Katanya, kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 9.00 malam pada hari yang sama, dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Namun, tempoh pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. 

Kawasan yang terjejas

Foto: YOY

Menurut makluman yang dimuat naik Facebook rasmi Air Selangor itu juga, kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual bagi wilayah Petaling adalah Bandar Kinrara, Bandar Puchong Jaya, Glenmarie dan banyak lagi. Bagi wilayah Klang atau Shah Alam pula, Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Batu Tiga, Seksyen 15 hingga Seksyen 25 dan banyak lagi. 

Sehubungan dengan itu, para pengguna disarankan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemah sepanjang penutupan bekalan air tidak berjadual ini.

Sumber: Air Selangor.

SKIP THIS AD ×