Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan warga Myanmar yang terjatuh hingga tergerangkap di dalam sebuah perigi sedalam 15 meter di wilayah Tak, pedalaman Thailand berjaya diselamatkan pihak berkuasa tempatan semalam (Selasa).
Artikel Berkaitan: Suami Isteri Panik Bayi Berusia 47 Hari Terperangkap Dalam Kereta
Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Tergamak Tinggalkan Bayi di Lapangan Terbang, Semata Nak Jimatkan Kos Tiket
Terperangkap 17 jam
Difahamkan, bayi malang terbabit berjaya dikeluarkan selepas operasi menyelamat digerakkan oleh pasukan penyelamat Thailand yang berlangsung selama 17 jam. Menurut laporan ThaiPBSWorld, insiden yang berlaku berhampiran sempadan Myanmar itu berpunca daripada bermain di atas timbunan tanah yang digali keluar dari lubang sekitar perigi tersebut.
Dalam pada itu, pasukan penyelamat terpaksa menggali perigi berkenaan sepanjang malam bagi menjalankan operasi menyelamat.
Anggota kami menurunkan kamera video ke dalam perigi dan menemui bayi itu terperangkap pada kedalaman kira-kira 15 meter serta disahkan masih hidup. Oksigen dipam ke dalam lubang sepanjang masa, untuk membolehkan mangsa bernafas.
Malah, Ketua Polis Phop Phra, Ratsaran Ketsoising memaklumkan operasi itu terpaksa menggunakan penggali mekanikal untuk mencapainya sebelum menarik keluar mangsa. Hal ini kerana bayi perempuan berkenaan kelihatan mengalami kecederaan pada kaki akibat terjatuh.
Sejurus keluar dari lubang itu, dia diletakkan di atas pengusung dan dikejarkan ke Hospital Daerah Phop Phra untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sumber: ThaiPBSWorld