berita

18 Individu Dipanggil Bantu Siasatan Kes Bayi 15 Bulan Maut Kepala Tersangkut Pada Buaian

February 24th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berikutan kisah kematian seorang kanak-kanak yang berusia 15 bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, seramai 18 individu sudah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Artikel berkaitan: Maut Di Rumah Pengasuh, Bapa Mangsa Dakwa Anak Tidak Pernah Tidur Dalam Buaian

Artikel Berkaitan: Kepala Tersangkut Pada Buaian, Bayi 15 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh

Sudah dapat keputusan bedah siasat

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, antara yang diambil keterangan itu termasuklah pengasuh dan ibu bapa kepada bayi atau kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan terbabit. Tambah beliau, pihaknya juga sudah mendapat keputusan hasil bedah siasat terhadap kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu.

Hasil bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada pagi semalam, punca kematian adalah disebabkan tekanan di leher.

Tambah Nanda, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya. Siasatan awal mendapati pusat jagaan kanak-kanak itu juga tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beroperasi sejak penghujung 2019.

Ketika kejadian seramai 15 bayi dan kanak-kanak berusia enam bulan hingga tujuh tahun termasuk mangsa yang meninggal dunia di pusat asuhan terbabit. Pusat asuhan itu dimiliki dan dijalankan dua wanita berusia 29 serta 37 tahun.

Terdahulu, Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri selepas lehernya tersangkut pada kain buaian pusat asuhan itu. Dalam kejadian pukul 3 petang itu, kanak-kanak terbabit ditidurkan di dalam sebuah buaian oleh pengasuhnya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×