berita

1MDB Bakal Jadi Silibus Subjek Sejarah – Ini Respon Sinis Najib Razak Kepada Dr Maszlee

December 3rd, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik mengetengahkan hasratnya mengenai isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penyelewengan membabitkan ahli politik untuk dimasukkan dalam buku teks Sejarah sebagai sukatan pelajaran. Fakta sejarah yang penuh kontroversi ini perlu dipelajari supaya tidak diulangi generasi akan depan.

Keputusan itu juga mendapat reaksi balas dari bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak menyindir keputusan Menteri Pendidikan menerusi laman Twitter rasminya.

Generasi masa depan tidak mengulangi

Saya boleh memberi jaminan isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi masa depan tidak akan mengulanginya. Sejarah khazanah yang ‘disamun’ dan juga pemimpin akan dimasukkan.

Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menambah baik pengisian kokurikulum dan teks Sejarah. Kita akan bekerjasama dengan jawatankuasa sedia ada bagi memperkasakan pengisiannya. Selain itu, beberapa siri wacana dengan tokoh dan ahli sejarah diadakan bagi mengenali serta mendalami perspektif sejarah secara lebih naratif dan produktif.

Dr Maszlee Malik menjawab soalan dari Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat pagi tadi. Tambahnya lagi, silibus ini akan memupuk minat tenaga pengajar dan pelajar lebih meminati subjek Sejarah.

Jangan peralatkan anak-anak kecil kita

Bekas Perdana Menteri memuatnaik status di laman Twitter rasminya berhubung keputusan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk memasukkan isu 1MDB ke dalam silibus buku teks Sejarah.

YB Najib Razak menyifatkan Menteri Pendidikan itu perlu bijak untuk berpolitik dan jangan kaitkan dengan pelajar sekolah.

Mampu membawa perubahan

Sumber: BH Online, Najib Razak

SKIP THIS AD ×