berita

2 Beranak Ditetak Penyamun Bersenjata Pedang ‘Samurai’, Barang Kemas RM70 Ribu Dilarikan

May 18th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Benar kata pepatah, malang tidak berbau. Begitulah yang boleh diungkapkan tragedi yang menimpa sekeluarga ini apabila behadapan dengan sekumpulan penyamun yang memasuki rumah mereka.

Menerusi laporan Berita Harian, kejadian yang berlaku di Kampung Air Tawar, Tok Bali telah mencederakan kepala dua orang lelaki akibat ditetak penyamun berkenaan.

Bersenjatakan pedang samurai

Saya baru siap hidang makanan dan suami nak basuh tangan, tiba-tiba meluru tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan pedang samurai masuk melalui pintu dapur dan terus menetak kepala suami berkali-kali.

Saya terus menjerit meminta tolong tetapi meluru pula dua lagi lelaki lain dengan salah seorang mencekik tengkuk saya manakala seorang lagi mencabut barangan kemas yang ada pada jari dan tangan saya

Menurut isteri mangsa, pada ketika itu dia sedang memasak untuk juadah berbuka puasa manakala suaminya berada di belakang rumah menjirus tanaman. Secara tiba-tiba, tiga orang lelaki yang bersenjatakan pedang samurai masuk melalui pintu dapur dan menetak kepala suaminya berkali-kali. Penyamun tersebut turut mencekik mangsa dan berjaya membawa lari dua utas gelang tangan serta sebentuk cincin yang dianggarkan berjumlah lebih RM70000.

Anak cuba tolong turut ditetak

Selepas menyerang anak, tiga lelaki itu terus melarikan diri melalui pintu dapur yang mereka masuk dan saya bergegas minta bantuan jiran dan ke hospital.

Saya masih rasa trauma terbayang suami dan anak ditetak berkali-kali depan mata dan ini kejadian samun kali ketiga yang pernah saya alami.

Ekoran terdengar jeritan mangsa, kejadian disedari oleh anak lelaki yang tinggal berdekatan dengan rumahnya. Selepas anaknya menjerkah penyamun yang sedang menyerang suaminya, ketiga-tiga penyamun terus bertindak menyerang anak lelakinya pula dengan menetak kepala bertubi-tubi.

Ekoran kejadian, suami dan anaknya menerima belasan jahitan di kepala selepas mendapat rawatan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×