berita

2 Beranak Suspek Pembunuh Beruk ‘Baby Sayang’ Dicekup Di Sitiawan

May 23rd, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Pengguna laman sosial berkongsi rasa geram dan marah apabila seorang lelaki dirakam menembak seekor beruk gara-gara tidak mengikut arahan memanggilnya ‘baby sayang’. Pihak berkuasa menggerakkan operasi memburu lelaki terbabit ke muka pengadilan malahan ada yang menawarkan ganjaran RM2000 untuk sebarang maklumat mengenainya.

Dalam perkembangan terbaru, suspek kes tersebut berjaya ditangkap untuk tindakan lanjut.

Rumah diserbu malam semalam

Menurut laporan Harian Metro, dua beranak ditangkap di Taman Kenangan, Sitiawan, Perak berkaitan kes yang viral itu. Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman Datuk Asmawati Ahmad berkata, pihaknya daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung telah menyerbu rumah suspek jam 9 malam tadi.

Dalam serbuan itu, kami menahan dua lelaki iaitu anak beranak selain merampas pistol yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan.

Kedua-dua tangkapan terbabit dibawa ke IPD Manjung untuk tindakan lanjut.

Polis terima laporan video viral

Asmawati turut menambah pihaknya telah menerima laporan berhubung video yang viral berkenaan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerusi Twitter tempoh hari memaklumkan agensi itu menjalankan satu siasatan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) atas tindakan zalim terhadap haiwan liar berkenaan. Agensi itu juga turut meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenainya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×