Tahun lalu, pelakon Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakri ditangkap oleh pihak polis atas kesalahan penyalahgunaan dadah. Bukan itu sahaja, pemandu mereka turut ditahan. Susulan daripada itu, pasangan tersebut dijatuhi hukuman penjara selama setahun.
Artikel berkaitan: Dipenjara Setahun Kerana Miliki Syabu, Nia Ramadhani Didakwa Nak Bercerai Dengan Suami?
Artikel berkaitan : Ditangkap Hisap Syabu, Nia Ramadhani Menangis Dijatuhi Hukuman Penjara Setahun
Artikel berkaitan : Nia Ramadhani Ambil Dadah Sebab Sedih Ayah Meninggal Dunia, Hakim Persoalkan Kenapa Selepas Tujuh Tahun?
Artikel berkaitan : Masih Dalam Pusat Pemulihan Dadah, Nia Ramadhani & Suami Bakal Dihadapkan Ke Mahkamah
Terbaru, Nia berkongsi kisah hitamnya itu menerusi sebuah novel yang bertajuk ‘Cerita Ade’.
Cerita Ade
Menerusi laporan Liputan, novel ‘Cerita Ade’ mengisahkan tentang kehidupan Nia sejak kecil sehingga dewasa. Bukan itu sahaja, Nia turut berkongsi momen sewaktu dan selepas dirinya ditangkap oleh pihak polis. Tambah Nia, dia tidak boleh berhenti menyalahkan diri sendiri atas perlakuan yang tidak baik selama ini. Hampir dua bulan dia menangis dan mengutuk diri sendiri sebaik sahaja terkenang peristiwa hitam itu.
Di samping itu, Nia mengaku mendapat hikmah sepanjang menjalani proses pemulihan. Pelakon ‘Bawang Merah Bawang Putih’ itu turut memberitahu dia tidak lagi memberi perhatian terhadap dunia semata-mata, sebaliknya lebih melihat kepada hikmah yang terjadi dalam setiap hal buruk yang berlaku.
Sumber: Liputan