Sebut sahaja nama Hanis Zalikha, kami terus teringat mengenai lamaran paling legend yang dibuat oleh bakal tunangnya, Hairul Azreen di konsert final ‘Gegar Vaganza’ baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Di Final Gegar Vaganza
Terbaru, kami terima satu lagi berita menggembirakan apabila Hanis khabarnya sudah berhijab sepenuhnya.
Malah, Hairul pun nampaknya turut sama teruja melihat perubahan Hanis dan mengumumkannya di laman Instagram. Canti bertambah cantik!
Why Am I So Emotional
Dah lama dah practice. Baby steps bila keluar dengan family, dapat pakai tudung so happy. Keluar dengan kawan, dapat pakai tudung so happy. Keluar dengan dia, dapat pakai tudung so happy.
Malah terserempak fans got me blushing??. Mama Daddy dah lama doa dan hint2. Jadi anak yang baik sebelum jadi isteri yang baik. Saya dibesarkan dengan kesabaran dah kasih sayang.
Tak sanggup nak dipisahkan dari tanggungjawab mereka tanpa mereka rasa telah selesai didik saya. Terasa sebak sebab inilah dua orang pertama dalam dunia yang telah saya cintai terdahulu sebelum sesiapa.
I love you Mama Daddy. It’s months away from the wedding but why am I so emotional Allah Humma Yassir Walaa Tua’sir – Hanis Zalikha
Alhamdulillah!
Wanita Hiasan dunia, Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah #Alhamdulillah bakal tunang saya sudah berhijab #1March2015