berita

2 Idol Tewas Mengejut Di Tangan Rookie, Jom Recap Minggu 5 Vokal Mania!

November 30th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Tampil dengan sedikit kelainan pada minggu-5, Vokal Mania hanya menampilkan 3 idol berentap secara langsung di atas pentas di mana seorang idol iaitu Aina Abdul tidak dapat bersama-sama.

Bagaimanapun, minggu kali ini berjaya menyaksikan 2 rookie berjaya menewaskan 2 idol di pusingan battle dan Afieq Shazwan telah diangkat sebagai rookie pilihan untuk Rookie Star Award.

Aina Abdul tiada atas pentas

Hanya tampil secara virtual ketika bersiaran, Aina Abdul yang sedang menjalani kuarantin selama 14 hari tetap memberikan persembahan yang mantap. Membawa lagu Balqis untuk persembahan solo dan Baldu Biru ketika pusingan battle, Aina Abdul bagaimanapun tewas ditangan rookie, Zareef Sein.

Zareef juga berjaya membuktikan pada minggu ini bahawa rookie lebih berbisa untuk memenangi battle tersebut dan ini merupakan kali kedua Aina tewas berdepan rookie. Juri juga berpendapat susah untuk menilai persembahan Aina kerana tidak berada di atas pentas pada malam itu.

Rookie juga berbisa

Salah seorang lagi rookie iaitu Yuveena juga berjaya membuktikan bahawa rookie layak untuk menang dengan menewaskan idol, Indah Ruhaila di pusingan battle. Membawa lagu Takkan Terganti, juri menyatakan Indah melakukan kesilapan ketika persembahan dan ketika pusingan battle dia tidak berjaya menambat hati juri.

Selain itu, Afieq Shazwan yang tampil sebagai rookie minggu ini tidak berjaya menentang Tomok ketika dipusingan battle. Mereka membawa lagu medley Merisik Khabar dan Hanya Dipinggiran. Walaupun tewas, Afieq bagaimanapun berjaya diangkat sebagai rookie pilihan mingguan dan seorang lagi rookie, Hariz Danial tewas ditangan Lan Solo.

Bagi mereka yang terlepas Vokal Mania minggu-5 boleh ke Youtube TV3 Malaysia untuk siaran ulangan dan jangan lupa untuk menonton Vokal Mania setiap Sabtu, jam 9 malam hanya di TV3, laman Youtube TV3 Malaysia dan Tonton!

SKIP THIS AD ×