berita

2 Tahun Makan Pil Gemuk, Gadis Tanggung Derita, Rayu Diderma Buah Pinggang

October 25th, 2018 | by faris
Kini Trending

Selain ingin tampil kurus dan langsing, ada segelintir golongan yang berdepan dengan masalah kurang berat badan. Bermacam-macam label dihadapi mereka seperti ‘papan’ membuatkan mereka mencari jalan penyelesaian untuk mendapatkan bentuk badan ideal.

Mungkin telah puas mencuba makan banyak seperti disarankan, ada juga yang memilih jalan pintas dengan mengambil pil dan suplemen untuk menaikkan berat tanpa memikirkan kesan jangka panjang seperti dihadapi seorang gadis ini.

Rayu derma buah pinggang

Seorang gadis meluahkan rasa kesal dan merayu mana-mana individu untuk mendermakan buah pinggang kepadanya. Ini kerana sudah tidak sanggup kerana lagi keluar masuk wad dan perlu menjalani pelbagai jenis suntikan selain risiko jangkitan kuman.

2 tahun makan ubat naik berat badan

 

Individu itu turut mendedahkan jenis ubat yang diambilnya sepanjang 2 tahun sebelum didiagnos dengan sakit buah pinggang tahap terakhir itu. Pil berwarna oren berkenaan dipercayai diimport dari Indonesia. Di paket pil berkenaan turut tertera arahan supaya pengambilan dibuat dengan preskripsi doktor.

Adik-beradik takut risiko

Apabila disoal sama ada adik-beradik tidak boleh menolong untuk mendermakan sebelah buah pinggang kepadanya, jawapan diterima cukup meluluhkan hati apabila mereka tidak sanggup menanggung risiko selepas pemindahan dilakukan.

Derma hidup hanya boleh untuk keluarga terdekat

Sumber: Santeira, Derma Organ Melaka

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×