Salina Saibi merupakan seorang pelakon yang berbakat besar dan namanya mula melonjak naik setelah memenangi anugerah ‘Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM22)’ menerusi wataknya sebagai Amy dalam filem ‘Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam.’
Mungkin ramai peminat tidak tahu yang sebenarnya Salina Saibi telah berkahwin pada tahun 2007 bersama lelaki pilihannya, Azmir Osman dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Farah Syakira Azmir.
Baru-baru ini Salina Saibi telah bercuti ke Bukit Tinggi bersama anak dan suami tercinta. Dalam keseronokan menikmati cuti tersebut, Salina sempat memuat naik beberapa foto percutiannya menerusi laman Instagram. Jom lihat foto keluarga bahagia Salina selepas ini.