Selepas hampir 20 tahun menjual nasi ayam dengan harga RM1.90, seorang peniaga akhirnya akur dengan kegawatan ekonomi dan menaikkan harga jualannya kepada RM3.
Artikel Berkaitan: Peniaga Kongsi Cerita Jual Karipap Laris Bak ‘Pisang Goreng Panas’, Raih Jualan Puluhan Ribu Sebulan
Dikecam teruk
Namun begitu, peniaga yang mengusahakan sebuah kedai nasi ayam di Besut mendakwa mereka teruk dikecam kerana menaikkan harga jualan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Suhaida di TikTok, wanita ini mengakui sedikit terkilan dengan segelintir pelanggannya yang mengecam kenaikan harga tersebut.
Hampir 20 tahun kami berniaga nasi ayam RM1.90 namun dengan ekonomi sekarang kami terpaksa naikkan harga nasi ayam menjadi RM3.
Namun masih ada yang kecam dengan harga RM3 tu, kadang rasa down untuk berniaga.
Korang rasa mahal lagi ke harga tu?
Tambah peniaga itu lagi, kualiti makanan mereka masih sama meskipun harga naik.
Walaupun harga nasi ayam kami RM3 tapi kami amat jaga dan pentingkan kualiti dan kuantiti.
Tengoklah nasi pun banyak, ayam pun besar-besar tau.
Di akhir hantaran tersebut, Suhaida tetap bersyukur kerana masih ada yang terus menyokong perniagaannya.
‘Rm3 tu dah murah sangat dah’
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan harga yang dikenakan peniaga berkenaan sudah cukup murah jika dibandingkan dengan harga peniaga yang lain.
Video
@suhaidasuu Cri samah seriya utk hidup bukan utk kaya ?? #NasiAyamKualabesut #jertehbesut #terengganu #besut #kelantan #fyp #fyp? ? suara asli – Langit Musik Indonesia – Langit Musik ID – Official
Sumber: TikTok