Setiap individu pasti mempunyai perancangan untuk masa hadapan, lebih-lebih lagi apabila tibanya tahun baharu. Di Instagram, Dr Say Shazril berkata dia memulakan tahun baharunya dengan perasaan hilang semangat diri.
Artikel berkaitan: Mohon Kata-Kata Semangat, Isteri Dr Say Keguguran Kali Kedua – ‘Baby Girl Sorang Lepas Tu Tutup’
Artikel berkaitan: ‘Kalau Boleh Tangguh Dulu Hasrat Untuk Mengandung’ – Pakar Sakit Puan
Artikel berkaitan: ‘Bunyi Remeh Tapi Selagi Tak Buang Angin Tak Boleh Cabut Drip Line’ – Dr Say Syukur Isteri Dibenarkan Pulang
Rasa macam tak bertenaga
Terus terang cerita when i woke up this morning (2 Jan 2023), i was feeling demotivated. Rasa macam tak bertenaga, rasa lemau, rasa down. Lepas tu sekolah Ace mesej cakap “arini doc akan datang amik report card Ace kan?”.
Lagilah saya down sebab ambil report card bukan “ambil dan thank you” ja tapi kena duduk dan dengar progress yang Ace dah lalui sepanjang 4 bulan EIP (early intervention program) di situ. Bukan saya tak suka dengar progress Ace tapi bakal beratlah otak jadinya.
Menurut Dr Say, perasaan tersebut timbul apabila dia perlu mengambil ‘report card’ anak sulungnya, Ace. Sebagai bapa, Dr Say memberitahu dia perlu memastikan tingkah laku Ace berada di tahap yang baik. Meskipun, kemahiran fizikal Ace dilihat ada peningkatan, Dr Say mengakui bahawa kemahiran komunikasi, kognitif dan emosinya anaknya perlu diperbaiki.
Dan betul sangat lepas dapat report card dan going through the process terus jammed otak saya. Saya minta permission dekat wife untuk tidur dan mintak dia tolong tengok anak-anak. 2pm sy tidur sampai pukul 6pm, dahsyat i know. Bila bangun saya pergi gym.
Habis gym saya rasa sedikit ringan. Lepas tu saya jumpa kawan lama saya time kat Terengganu dulu, a very successful entrepreneur. Jadi lebih ringan otak saya. Saya rasa sebab paling utama sy demotivated was i didnt have any goals, plans, resolutions untuk tahun 2023 ni. Sebab tu saya tanya dekat story apa goals korang dan saya tanya lagi apa yang korang harapkan dari saya.
Di samping itu, Dr Say tidak mahu kehidupannya di tahun 2022 berulang kembali pada tahun ini. Ujar Dr Say, dia mahu mencuba sesuatu yang baru dan berlainan.
Saya mahu progress dalam kehidupan tapi saya tak tahu nak bermula macam mana. Kesimpulan kisah ni, mungkin nampak saya sengih kerang busuk tapi ada hari yang saya betul-betul terduduk.
Sumber: Dr Say Shazril