berita

“23 Tahun Tanpa Identiti, Umur Pun Saya Agak Sahaja” – Gadis Hidup Dalam Ketakutan Bagaikan Orang Hanyut Tanpa Negara

November 29th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Apakah perasaan anda jika hidup tanpa sebarang rekod seperti dokumen kelahiran atau pun kad pengenalan yang dapat menjelaskan identiti sebenar? Biasanya kes seperti ini banyak berlaku di kawasan pendalaman dek kerana kesukaran untuk berinteraksi dengan dunia luar.

Berbeza pula kali ini apabila apabila seorang wanita meluahkan rasa sedih  kerana tidak mempunyai identiti dan tidak mengenali ibu bapanya semenjak lahir. Akui hidup dalam ketakutan kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang sah, wanita  yang dikenali sebagai Ain ini cuba mencari warisnya namun gagal.

Dibesarkan Keluarga Angkat

Ain tidak pernah kenal dengan ibu bapanya sejak dia dilahirkan. Wanita itu berkongsi kisah hidupnya yang menghabis zaman kanak-kanaknya di Chow Kit sebelum diambil oleh beberapa keluarga angkat. Dia turut berkata sepanjang dibesarkan oleh keluarga angkat tersebut, dia terpaksa melakukan kerja orang dewasa seperti menjual sate, menyiang ikan atau ayam dan menjadi pembantu gerai.

Memang saya tak ingat apa-apa ketika itu. Sepanjang dijaga dua keluarga angkat terbabit yang menetap di Ampang, Selangor dan Kuala Lumpur saya tidak pernah ke sekolah selain tidak ada nama secara rasmi.

Tambahnya lagi, dia nekad untuk melarikan diri daripada keluarga angkat tersebut dan takdir telah menemukan dia dengan seorang  pondan. Pondan tersebut telah menjaganya Ain untuk beberapa tahun namun akhirnya diarahkan untuk keluar dari rumah.

Namun, saya diminta keluar dari rumah berkenaan kerana ketika itu bimbang ditangkap berikutan menjaga orang hanyut macam saya. Menggunakan wang simpanan bekerja di restoran mamak, saya cari kerja lain dan hidup berdikari sampai sekarang

Saya pernah cuba menjejak semula individu menjaga saya termasuk pondan terbabit namun gagal kerana rumah yang pernah saya diami sebelum ini tiada lagi dan sudah dibangunkan menjadi taman perumahan.

Lebih menyulitkan saya tidak tahu siapa mereka, cuma tahu panggilan ringkas bukan nama penuh. Begitu juga dengan ibu bapa kalau ada rezeki berjumpa mereka saya bersyukur, kalau sebaliknya apa boleh buat

Kekurangan bukti sebagai warga negara

Sudah bertahun-tahun Ain mencuba untuk ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara termasuk di Putrajaya untuk membuat permohon MyKad. Namun, usahanya gagal kerana kekurangan bukti untuk mengesahkan bahawa dia dilahirkan di negara ini.

Ain turut menggelarkan dirinya sebagai orang yang hanyut tanpa dokumen pengenalan diri. Tiada mana-mana negara pun yang akan menerima dirinya sebagai warga negara yang sah. Walaupun sudah berumur 23 tahun, Ain langsung tidak mengetahui bila dia dilahirkan hingga terpaksa mengagak usia dirinya sendiri.

Saya sebolehnya mahu berkeluarga, malah tahun depan saya merancang untuk bernikah. Calon suami pun sudah ada, tapi macam mana mahu isi borang kalau saya sendiri tidak ada identiti.

Kalau boleh saya mahu jadi warganegara yang sah, tidak lagi hidup dalam ketakutan, malah sampai sekarang saya tidak tahu asal-usul atau mengenali siapa wanita melahirkan saya

Hidupnya lebih malang apabila mendakwa pernah ditipu sebanyak Rm5000 oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai JPN yang kononnya boleh membantu Ain mendapatkan dokumen pengenalan diri menggunakan jalan belakang.

Diharap agar pihak berwajib dapat mendengar rintihan wanita cuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk wanita ini supaya dia tidak lagi hidup dalam ketakutan dan dapat menjalani hidup seperti manusia biasa.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×