berita

233 Bekas Kakitangan Utusan Mohon Bantuan Zakat – Lembaga Zakat Selangor

November 14th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Industri media tanah air dikejutkan dengan penutupan penuh Utusan Melayu (M) Berhad selepas didakwa mengalami masalah kewangan sehingga tidak mampu membayar gaji para pekerjanya. Selepas penutupan dua akhbar gergasi iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo, ramai pengamal media yang kehilangan tempat kerja dan sumber pendapatan.

Justeru itu, menerusi laporan Malaysiakini, seramai 233 bekas kakitangan Utusan telah membuat permohonan bantuan zakat dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Layak didaftar sebagai asnaf sementara

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop, semua nama kakitangan yang memohon bantuan zakat diterima secara berperingkat daripada pelbagai sumber.

LZS akan menjalankan siasatan dan bancian ke rumah berdasarkan haddul kifayah sebelum mereka yang layak didaftar sebagai asnaf sementara.

Bantuan zakat disalur bergantung kepada keperluan sesebuah keluarga sehingga kehidupan mereka stabil.

Tertakluk kepada syarat umum

Dia turut mengalau-alukan kakitangan Utusan lain yang turut terjejas untuk memohon bantuan zakat melalui penolong amil kariah (PAK) yang dilantik LZS. Proses permohonan boleh dibuat dengan mengunjungi mana-mana cawangan berhampiran atau di kariah masing-masing.

Proses permohonan sama seperti pemohon lain dan tertakluk kepada syarat umum kelayakan zakat serta haddul kifayah (garis penentuan kemiskinan).

Sumber: Malaysiakini

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×