berita

3 Ibu Luar Biasa Ni Kongsi Kisah Diorang Struggle Dalam Menguruskan Keluarga Dan Kerjaya…Hebat!

June 2nd, 2016 | by Epul
Kini Trending

Nestum

Keluarga merupakan sumber penyuntik semangat kita semua. Korang sendiri, kalau menghadapi masalah sudah semestinya keluarga yang akan membantu kan?.

Selain keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling sudah semestinya menjadi orang yang paling kuat dalam memberikan semangat untuk kita terus maju dalam kehidupan kita.

Jadi kali ni kami nak kongsikan 3 kisah yang semestinya memberikan kita inspirasi untuk kita semua terus maju kehadapan meskipun ditimpa dengan pelbagai ujian.

Jom baca kisah 3 insan bergelar ibu ni yang struggle dalam menguruskan keluarga dan dalam pada masa yang sama menguruskan perniagaan. 3 Ibu, 3 Kisah, 1 Matlamat. Ikuti kisah mereka…

1. Dianugerahkan ‘magic hand’ beri sentuhan pada wajah dan seorang anak autism

Screen Shot 2016-05-24 at 4.04.40 PM

Menjadi seorang juru mekap bukanlah sesuatu yang dirancang. Kekangan keluarga yang menghalang untuknya menceburkan diri dalam dunia yang melibatkan kesenian menjadikan Nadeera tidak terlalu menfokuskan pembelajarannya ke bidang tersebut.

Nadeera yang mengambil urusan kejuruteraan ketika dalam pengajian juga terkejut kerana kerjaya yang diceburi kini sangat berbeza dengan jurusan yang diambil. Namun pengalaman kerja di salah sebuah syarikat produk kecantikan telah memberi peluang untuk Nadeera mempelajari ilmu asas tata rias.

Disebabkan latar pendidikan yang berbeza, Nadeera akui memang agak sukar pada mulanya berada dalam syarikat tersebut sehinggalah dia mahir tentang ilmu solekan.

Screen Shot 2016-05-24 at 5.56.49 PM

Sebelum memulakan peniagaan sendiri sebagai juru mekap, sudah pastinya cabaran dengan bidang yang turut sama menjadi kepakaran kaum adam di luar sana di samping dengan haters yang sering memberi suntikan negatif buat Nadeera.

Tapi semua itu tidak meruntunkan semangatnya untuk terus maju dalam bidang tersebut sehingga mampu membawa perniagaannya iaitu NVDSIM lebih kukuh selama 4 tahun.

Kalau korang nak tau, Nadeera sebenarnya tidak pernah rasa yang dirinya telah berjaya sebaliknya sering mencari sesuatu yang terbaik dalam konsep tata rias.

Disebalik kerjayanya yang semakin utuh kini, ramai yang tak tahu sebenarnya Nadeera perlu membesarkan anak lelakinya yang autism dan ini menambahkan lagi kekuatan untuk Nadeera terus kuat meneruskan hidup.

Screen Shot 2016-05-24 at 4.07.01 PM

Beliau yang menyimpan hasrat untuk membawa bakatnya keluar negara turut berpesan buat mereka yang ingin memulakan perniagaan untuk tidak melihat apa yang tidak dapat dilihat di masa akan datang sebaliknya lihat dan bersedia untuk menghadapi apa yang sedang dan akan berlaku esok.

2. Ingin bantu kaum hawa memulakan perniagaan, Shariza Saumi ada kisahnya yang tersendiri.

Screen Shot 2016-05-30 at 4.01.22 PM

Berbeza bagi ibu luar biasa ni, perniagaan yang diceburi lebih tertumpu kepada produk untuk kanak-kanak. Kekurangan pasaran terhadap produk kanak-kanak membuatkan Shariza lebih agresif untuk memajukan perniagaannya.

Shariza mendapat inspirasi bila merasakan produk kain batik kipas untuk kanak-kanak yang sukar untuk didapati di pasaran mencetuskan idea perniagaan yang diberi nama Chanting ni.

Keluarga kecil Shariza banyak membantu dari sudut dokongan dan dorongan, untuk dia terus kuat memartabatkan tradisi kain batik kipas dikenali di pasaran ASEAN dan seterusnya pasaran dunia.

Screen Shot 2016-05-30 at 3.15.17 PM

Seperti ahli perniagaan yang lain, ketika memulakan perniagaan Chanting ni sememangnya pelbagai cabaran harus ditempuh. Nak pula sekarang ni penggunaan laman sosial media yang meluas mebuatkan perniagaannya mudah diciplak, tetapi dorongan yang kuat oleh keluarga membuatkan dia terus teguh meneruskan perniagaan ni.

Berhasrat ingin memberi suntikan semangat, motivasi dan juga latihan kepada peniaga-peniaga diluar sana khususnya kaum wanita bumiputera tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan dan bertapa petingnya untuk memiliki skill dan tidak bergantung kepada sesiapa.

Screen Shot 2016-05-30 at 3.24.26 PM

Menurut Shariza, untuk terus berada dalam dunia perniagaan kita tidak boleh takut untuk mengambil risiko dan jangan sesekali mudah berputus asa.

3. Bina empayar sendiri dalam membesarkan anak-anak Zahnita akui bukan mudah.

Screen Shot 2016-05-26 at 11.24.03 AM

Berbeza bagi Zahnita Wilson, kerjaya sebagai seorang ibu dan dalam masa yang sama menguruskan perniagaan dan kerjayanya memerlukan semangat yang tinggi. Zahnita juga merupakan model terkenal yang sering terpampang wajahnya di iklan-iklan terutamanya yang melibatkan fesyen.

Seperti ahli perniagaan yang lain, Zahnita percaya cabaran yang dihadapi setiap saat memberikan kekuatan buat dirinya. Pernah suatu ketika, kekangan kewangan menjadi satu masalah untuknya  menguruskan perniagaan buat kali pertama.

Screen Shot 2016-05-26 at 11.23.29 AM

Namun Zahnita percaya untuk berjaya, bukan boleh digapai dalam masa sehari dua, sebaliknya dia lebih menghargai setiap detik dalam menjayakan matlamat asal penubuhan syarikat miliknya.

Zahnita yang dikurniakan dua puteri dalam hidupnya, turut berpesan buat mereka yang nak mulakan perniagaan untuk teruskan hasrat tersebut dan sentiasa ada plan dan kadang-kadang tidak semua ikut apa yang dirancang.

Screen Shot 2016-05-26 at 11.20.36 AM

Sekirangnya itu berlaku, maka cari dan selesaikan masalah tersebut dengan profesional serta just go with the flow.

Gapai impian korang dan buktikan tiada yang mustahil untuk berjaya #Morelife

Screen Shot 2016-05-24 at 7.21.23 PM

Jadi korang dah baca kisah inspirasi ketiga-tiga insan bergelar ibu tu kan? Apa kata korang pula yang beri inspirasi, biar semua orang tahu yang korang mampu membina empayar sendiri sama macam kisah 3 ibu luar biasa tadi.

Nestum ada berita baik buat para ibu di luar sana yang mempunyai banyak resepi biskut yang istimewa tu untuk korang luaskan rasa dan bina empayar bisness biskut korang sendiri. Amacam best tak?

So kalau korang nak join program ni, kami kongsi sikit macam mana adunan biskut tu boleh mengubah kehidupan korang yang sekarang.

Banner nestum

Caranya mudah saja, korang hanya perlu :

1- Beli mana-mana produk Nestle Nestum

2- Ambil gambar kreatif biskut bersama pek Nestum

3- Hantar gambar berserta resepi ke laman Dear Nestle

Mudah kan?!

So apa tunggu lagi! untuk maklumat lebih lanjut mengenai Nestum Empayar Kuih Raya, korang boleh layari ke laman Nestle Nestum atau pergi ke Facebook Nestum Malaysia.

P/S: Kalau nak bagi OHBULAN! rasa sikit biskut tu pun okay juga, mana tau..

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×