berita

3 Juta kopi Americano McCafé Akan Diberi Secara Percuma Sepanjang Oktober Ini. ‘Kopi On’lah!

October 1st, 2021 | by Noraniza
Kini Trending

Bersempena dengan International Coffee Month, McDonald Malaysia nak memberi rakyat Malaysia sebanyak 3 juta Kopi Americano McCafé secara percuma, syaratnya mudah, korang haruslah dah terima vaksinasi!

Malah,3.5 juta cawan eksklusif dengan #Kitaboleh juga akan diedarkan secara percuma! Nak best lagi? Korang hanya perlu tambah RM1 dan akan dapat upgrade kepada Iced Latte dengan setiap pembelian McValue meal.

Tak cukup dengan tu, baucar McCafé Americano akan diberikan kepada individu yang telah menerima vaksinasi di 75 pusat vaksin terpilih seluruh negara, bermula daripada pertengahan September. Baucar tersebut boleh ditebus dengan sebarang pembelian McDonald sehingga 31 Disember 2021.

“Syarikat kami menghargai kesejahteraan sesama rakyat Malaysia dan untuk terus menyokong semangat juang mereka, kami memberikan baucar McCafé Americano percuma di pusat vaksinasi terpilih di seluruh negara untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah mengambil bahagian dan mendapat vaksin.

“Kami komited untuk menyokong masyarakat dengan cara yang kami boleh sekaligus yang lebih baik untuk melakukannya melalui minuman kopi yang menjadi kegemaran para pelanggan kami, “kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Selain itu, McDonald juga memberi tawaran hebat tambahan kepada McCafé menerusi aplikasi McDonald sepanjang bulan Oktober, termasuk RM1.99 untuk medium Iced Latte, 50% diskaun  untuk pembelian minuman McCafé terpilih dan juga promosi istimewa untuk kek McCafé terpilih.

Nak informasi lanjut? Layari www.mcdonalds.com.my/promotion ataupun semak di aplikasi McDonald yang boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apple Store.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×