berita

3 Kawasan Dilaksanakan PKPD, Warga Bangladesh Punca Cetus Kluster Genting

December 15th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kluster Genting tercetus selepas seorang warga asing dipercayai Bangladesh bertindak merentas negeri dari Selangor ke Genting Highland semata-mata untuk mengunjungi rakan-rakannya yang berada di sana sekali gus menjangkiti mereka. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi laman Twitternya turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa buah tempat dilaksanakan.

Warga asing merentas negeri

Dr Noor Hisham melaporkan kes indeks melibatkan seorang warga asing Bangladesh itu merentas negeri ke Genting Highland telah menyebabkan jangkitan positif Covid-19 ke penduduk di sekitar tersebut.

Terdapat beberapa kawasan dilaksanakan PKPD termasuk di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kampung Semaut mulai 10 hingga 23 Disember 2020.

Pada 4 Disember lalu, dimaklumkan kluster tersebut dilaporkan dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang, juga melibatkan kes di Titiwangsa dan Bentong apabila kes indeks ke-66,878 dilapor positif pada 1 Disember hasil saringan tempat kerja.

Sumber: Noor Hisham Abdullah, Harian Metro

SKIP THIS AD ×