berita

‘3 Tahun Menanti, Kandungan Sudah Mencecah 6 Bulan’- Suami Isteri Petugas Kesihatan Positif Covid-19

March 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi perbualan yang cukup mengundang sebak di antara dirinya dengan salah seorang kakitangan barisan hadapan yang bertugas di Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Terbaru, Pak Nil berkongsi satu lagi perbualan yang turut mengundang sebak apabila suami isteri yang yang bertugas di wad kecemasan Hospital Teluk Intan, Perak disahkan positif wabak Covid-19.

Satu wad dengan isteri

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Hazim berkongsi kisah di mana dia dan isterinya yang dikenali sebagai Kamariah terpaksa dikuarantin apabila mereka berdua disahkan positif Covid-19. Mereka berdua yang bertugas di wad kecemasan hospital berkenaan sudah menjalani satu ujian saringan setakat ini.

Menurut Kamariah, seluruh petugas jabatan kecemasan hospital berkenaan dijangkiti wabak tersebut termasuk pakar dan doktor. Sebaik sahaja mendapat tahu berita sedih itu, kesemua mereka berasa down kerana sebagai front liner, niat mereka adalah untuk membantu orang ramai. Namun, mereka pula yang kecundang.

Tiada sebarang simptom

Semasa sesi panggilan video bersama Pak Nil, pengacara tersebut sempat bertanya mengenai pemakaian keselamatan dan langkah-langkah yang diambil oleh kesemua petugas sebelum mengendalikan pesakit. Jelas Kamariah, dia dan suami termasuk petugas yang lain memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) semasa bertugas. Tetapi apakan daya, mungkin Allah hendak menduga mereka.

Tambahnya, ada beberapa pesakit yang datang ke hospital memberi keterangan palsu dan tidak jujur sehinggakan petugas yang bekerja pada ketika itu terkena jangkitan. Mengulas pula mengenai simptom, kedua-dua mereka memberitahu bahawa tiada sebarang simptom yang dialami setakat ini. Mendengar mengenai khabar yang baik itu, Pak Nil memohon mereka berdua terus bersemangat kerana antibodi mereka berdua masih kuat dan mujur mereka mendapat tahu mengenai berita tersebut pada peringkat awal.

Mengandung 6 bulan

https://www.instagram.com/p/B-OECnhgJLZ/

Pak Nil juga sempat bertanya kepada pasangan tersebut mengenai anak mereka. Menurut Hazim, isterinya itu sedang mengandung zuriat pertama mereka. Usia kandungan isterinya itu sudah mencecah 6 bulan. Alhamdulillah, setakat ini bayi di dalam kandungan isterinya itu masih sihat dan bebas dari sebarang jangkitan. Hazim turut memberitahu bahawa mereka telah menanti kehadiran zuriat tersebut selama 3 tahun.

Sebelum mengakhiri panggilan video tersebut, Pak Nil memberitahu bahawa dia sangat kagum akan pengorbanan kesemua petugas kesihatan dan mereka merupakan wira untuk negara. Pesanan untuk ikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan jangan berdegil turut disampaikan oleh pasangan suami isteri itu.

Sumber: Aznil Haji Nawawi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×