berita

30 Hari Kekasih ‘Hilangkan Diri’, Tahu-Tahu Dah Kahwin! Lagi Sakit Hati Bila Alasan Diberi…

December 11th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya mempunyai impian untuk ke jinjang pelamin. Namun, seperti perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Cix Suearedah menceritakan kisah sebak apabila pasangannya telah berkahwin dengan orang lain tanpa pengetahuannya. Difahamkan mereka sudah bercinta hampir empat tahun. Sedihnya!

Bercinta orang lain, kahwin orang lain

Foto: Cix Suearedah

Bercinta dengan orang lain, tapi tiba tiba kahwin dengan orang lain. Aku kenal dia dalam media sosial. 4 tahun kami bercinta dalam masa yg sama. Aku selalu merancang bahawa suatu saat aku akan jadi yang halal untuk dia. Tapi siapa sangka jodoh kami tak panjang, semalam Allah detikkan rasa untuk aku mencari ke mana dia hilang selama 30 hari. Aku dapat sekeping gambar, yang cukup membktikan segalanya. Yes, he already married masa bulan lepas. Yang mana dia start diam dgn aku. Tak dapat nk gambar rasa sakit ni. Aku ikhlas. Ikhlas sayangkan dia dan cintakan dia. Tapi ini yang aku dapat.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita itu meluahkan rasa kecewa yang teramat setelah dibohongi oleh pasangannya sendiri. Difahamkan sebelum ini, pasangannya seolah-olah cuba ‘melarikan diri’ darinya. Namun, paling mengecewakan apabila dia mengetahui lelaki tersebut sudah berkahwin dengan orang lain pada bulan lepas.

Beribu alasan diberikan

Foto: Cix Suearedah

Sebelum ni dia selalu je menghilang, alasan sibuk kerja, rupanya dia ada orang lain. Selama ni kalau aku ajak kahwin, dia selalu cakap tunggu la. Dia ada masalah kewangan, padahal aku ajak dia kahwin tanpa bayar apa-apa. Tapi aku masih percaya kan kata kata dia sayang kan aku. Aku buta menilai yang sebenarnya aku hanya la kekasih di belakang tabir. Yang tak diiktiraf pon. Allah sakit. Dia tak pernah layan aku macam orang yang dia nak halalkan.

Jelasnya lagi, pasangannya itu hanya ‘layan tak layan’ dan tidak bersungguh jika mahu diajak berkahwin walaupun tanpa sebarang hantaran. Lagi menyedihkan apabila dia mendapat gambar kahwin lelaki tersebut dari sepupunya. Pada mulanya, dia tidak percaya akan gambar tersebut. Difahamkan, perempuan tersebut pernah jumpa keluarga lelaki tersebut semasa satu perkahwinan pada tahun lepas.

Tidak berakhir di situ, lelaki itu turut memberikan harapan yang tinggi kepada wanita tersebut akan berkahwin dengannya jika ‘waktu’ yang sesuai sudah tiba.

Tolong jangan ganggu

Foto: Cix Suearedah

 Jangan jadi macam aku. Ingat dia betul sayang. Rupanya,. aku yang syok sendiri. Pedih mata menangis sehari. Part paling sedih. 30 hari aku tunggu. Dia chat aku dengan kata kata jangan ganggu dia dah kahwin sebab kena tangkap khalwat. Padahal cousin dia sendiri cakap, dia memang dah plan nk kahwin.

Setelah 30 hari mendiamkan diri, lelaki itu kembali semula memberi pesanan kepada wanita itu supaya tidak mengganggunya lagi. Lelaki itu juga sempat menceritakan dia sudah ditangkap khalwat dan perlu berkahwin dengan segera. Namun, perkara tersebut dinafikan oleh sepupu lelaki itu.

Janji ubah diri

Sekadar gambar hiasan

 Hari ni aku janji dengan diri aku, yang aku akan ubah diri aku. Aku tahu aku tak lawa, gemok. Sebab tu dia pilih orang lain. Aku akan buktikan aku boleh bahagia walaupun bukan dengan dia. Aku ucapkan tahniah utk dia. Sebab dah jadi suami orang. Dah jumpa jodoh. Aku akan terus macam ni. Kalau ada jodoh Insyallah masa tu kalau hati aku dah terbuka. Buat masa sekarang. Hati ni masih masih sakit. Masih perlu dirawat.

Di hujung posting tersebut, dia berjanji untuk mengubah keadaan fizikalnya dan mahu membuktikan kepada lelaki itu dia mampu bahagia tanpa lelaki itu. Wanita itu juga berharap kisah tersebut menjadi pengajaran kepada orang lain supaya lebih berhati-hati.

Tolong doakan aku kuat, sebab sekarang mmg tak kuat.

Sumber: Cix Suearedah via Kelab Cari @ Kawan

SKIP THIS AD ×