berita

’30 Tahun Duduk Di Shah Alam, Ini Kali Pertama Berlaku’ – Jihan Muse Terperangkap Dalam Banjir, Kak Lina Pom Pom Ganti Di GV8

December 20th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Fenomena banjir besar yang melibatkan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan pada Sabtu lalu telah mengejutkan semua orang. Pengacara Jihan Muse antara selebriti yang terjejas akibat bencana alam itu.

Artikel Berkaitan: ‘Ya Allah… Saya Tak Terkata’ – Sebak Lihat Mangsa Banjir, Siti Nurhaliza & Datuk K Turun Padang Hulur Bantuan

Artikel Berkaitan: Terkandas Di Kawasan Tanah Runtuh, Fizo Omar Sedih Tak Boleh Bantu Warga Emas & Bayi – ‘Ramai Terpaksa Keluar Dari Kereta Cari Tempat Selamat’

Banjir paling teruk

Tidak dapat mengacara program Gegar Vaganza lapan (GV8) minggu kelima, pasangan pengacaranya, Nabil Ahmad membuat panggilan video secara siaran langsung, malam tadi, di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurut Jihan, ini adalah kali pertama dia merasai pengalaman banjir besar sejak tinggal di Shah Alam, Selangor kira-kira 30 tahun lalu.

Saya dah duduk di Shah Alam ini lebih 30 tahun. Ini adalah kali pertama berlaku banjir besar seperti ini. Shah Alam memang teruk.

Satu musibah melanda yang kita tak bersedia untuk hadapi. Ini bukan kawasan yang selalu kena banjir jadi agak terkejut juga.

Walau macam mana pun, kita dah hadapi pelbagai jenis musibah dalam dua tahun ini. Terkejut tapi ada sedikit ketenangan, saya fikir ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Rumah sendiri selamat

Bagaimanapun, pemilik nama Nuur Jihan Musa menzahirkan rasa syukur kerana rumahnya tak dinaiki air. Namun, naib juara Raja Lawak musim ketiga ini mendedahkan rumah ahli keluarga lain yang terletak di Hulu Langat terjejas teruk ekoran air mencecah paras bumbung.

Untuk rumah saya sendiri Alhamdulillah semua selamat termasuk kereta. Tapi rumah ahli keluarga saya di kawasan Hulu Langat, air sudah cecah paras bumbung. Paling teruk pernah berlaku.

Apa-apa pun, hujan dah berhenti, air pun dah makin surut. Lepas ini nak kena tengok apa kerosakan, nak cuci kotoran lagi.

Sehubungan itu, posisi Jihan digantikan oleh artis versatil, Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan Kak Lina Pom Pom.

Sumber: Instagram @jihanmuse

Foto: Astro & Azrul Rafie

SKIP THIS AD ×