berita

20 Foto (Hi-Res) Anak Sulung Betty Benafe

December 4th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Betty Benafe welcome Baby-38

Selepas sembilan bulan menanti, akhirnya beberapa hari lepas Betty Benafe telahpun selamat bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan.

Bayi yang diberi nama Julia Claire seberat 2.9 kilogram itu telah dilahirkan secara normal di Hospital Pakar Damansara pada 1 Disember 2013.

Walaupun bergembira dengan kelahiran cahaya mata sulungnya, namun Betty dan suaminya akui agak terkejut kerana proses kelahiran berlaku lebih awal dari yang dijadualkan.

Betty Benafe welcome Baby-34

Kalau nak diikutkan saya masih ada masa 21 hari lagi dan kami tak sangka secepat ini saya bersalin. Barang-barang untuk dibawa ke hospital pun belum sempat dikemaskan lagi.

Nak dijadikan cerita, masa tu saya baru balik dari penggambaran, tiba-tiba air ketuban saya pecah. Suami jadi panik dan terus menggesa ke hospital. Saya pula masih boleh bertenang sebab belum rasa sakit lagi.

Namun setibanya di hospital, Betty terus merasa sakit sebelum disuntik epidural untuk melancarkan proses bersalin. Bagaimanapun, aktres ini bersyukur dikurniakan seorang ibu mertua yang sangat membantu sepanjang masa.

Betty Benafe welcome Baby-8

Ibu mertua saya memang terbaik. Walaupun saya ada terkasar bahasa dengan dia masa tengah tahan sakit, tapi dia tetap tolong jaga saya. Ibu saya pula sekarang ini berada di Indonesia dan dia pun terkejut dengar berita saya sudah bersalin.

Betty yang ditemui di hospital berkenaan petang semalam berharap semoga dengan kelahiran puteri sulung ini dapat mengajar mereka supaya menjadi lebih kuat dalam menguruskan keluarga.

Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan foto-foto Julia Claire yang comel untuk tatapan anda.

SKIP THIS AD ×