Sepanjang tiga hari Karnival Jom Heboh (KJH) Selangor Generasi Muda dijalankan, lebih 360,000 pengunjung yang hadir memeriahkan suasana di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam. KJH kali ini lebih istimewa kerana turut menyambut ulang tahun TV3 yang ke-39. Selain itu, ini merupakan kali pertama acara padang ini dilangsungkan selama tiga hari berturut-turut iaitu 2 hingga 4 Jun.
Karnival Jom Heboh (KJH) Selangor Generasi Muda ini diterajui oleh Kerajaan Selangor menerusi Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan Negeri Selangor.
Suasana di KJH
Lokasi pertama berjaya menarik pengunjung seawal 8:00 pagi dengan pelbagai kelainan yang menarik di setiap reruai KJH. Antaranya adalah pameran kereta Fast X, pameran Anime, pertandingan Cosplay serta jualan eksklusif cenderahati ulang tahun TV3 ke-39 dengan kolaborasi bersama Alha Alfa (kosmetik) dan Ameera Zaini (tudung).
Selain daripada itu, kemeriahan KJH disertakan dengan barisan artis yang turut hadir di booth Tonton Drama Sangat. Antara selebriti yang hadir adalah Izzue Islam, Ropie dan Siti Sisters (I Can See Your Voice Malaysia 6), Zahirah Macwilson (Tonton Original: Metro Crime Series), Afifah Nasir, Aya Amiruddin dan Mark Adam (Tonton Original: Pontianak 100 Kg), Ismail Izzani, Muaz Zabir dan Liza Abdullah (Akasia: Bukan Hanya Sekadar Cinta), Puteri Balqis (Lestary: Diva Seroja), Nelissa Nizam dan Aiman Wynne (Sakura: Kampung Mat Salleh) serta Adam Lee dan Sweet Qismina (Samarinda: Malam Zulaikha).
Dalam pada itu, pertandingan Cosplay pada hari Sabtu turut mendapat sambutan yang luar biasa dari kedua-dua kategori (kanak-kanak dan dewasa). Difahamkan hampir 50 penyertaan telah diterima untuk pertandingan tersebut.
Juara bagi pertandingan Cosplay untuk kategori kanak-kanak adalah Hani Ixara yang menggayakan kostum ‘Lily Moon’ sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM390. Bagi kategori dewasa pula, juara dimenangi oleh KingRusydi atau nama sebenarnya Raja Muhammad Rusydi Raja Mahmood dengan memperagakan kostum ‘Scorpian’ dalam ‘Mortal Kombat’ dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,900.
Malam terakhir konsert Jom Heboh
Apa yang lebih menarik di KJH, semua pengunjung yang lahir pada bulan Jun berpeluang untuk memotong kek dan pulut kuning di atas pentas bersama barisan selebriti dan pihak pengurusan Media Prima iaitu Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid (Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad, MPB), Rafiq Razali (Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad MPB) dan Mohd Efendi Omar (Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia). Selain itu, turut hadir Puan Nini Yusof (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (Pengarang Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press NSTP), Nazri Noran (Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio) dan Datin Norashikin Habibur Rahman (Ketua Pegawai Eksekutif WOWShop).
Konsert Jom Heboh sekaligus menjadi acara kemuncak selama dua hari (Sabtu dan Ahad) untuk KJH Selangor Generasi Muda. Walaupun persembahan bermula pada 9:00 malam, pengunjung sanggup berkumpul dari petang demi melihat persembahan daripada penyanyi-penyanyi hebat tanah air.
Lebih 20,000 pengunjung yang hadir pada malam terakhir konsert untuk menyaksikan persembahan Haqiem Rusli, O.V.A, Afieq Shazwan, Hariz Fayahet, Black, Hazama dan Shiha Zikir. Persembahan pada malam itu turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor dan YB Mohd Khairuddin Othman, Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor.
Karnival Jom Heboh bakal menggegarkan lokasi-lokasi yang terpilih akan datang bagi yang terlepas KJH minggu lepas kerana ini merupakan lokasi pertama bagi tahun 2023. Untuk yang berminat, boleh layari laman sesawang www.jomheboh.com.my untuk ketahui lokasi seterusnya dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram.