berita

Aisha Hanim Hargai Peminat Dengan ‘Mini Konsert One Night Only Aishahanim’

July 6th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Duo penyanyi, Aisha Hanim bakal melangsungkan mini konsert di Dewan Tun Dr. Ismail sebagai tanda penghargaan kepada keluarga, sahabat, rakan media dan peminat yang tidak berhenti memberi sokongan terhadap karier mereka.

Menerusi penganjuran Mini Konsert One Night Only Aishahanim, mereka meluahkan rasa keterujaan dalam menjayakan konsert ini yang bakal berlangsung pada 6 Ogos depan.

Artikel Berkaitan: AishaHanim Bakal Tampil Dengan ‘Raya Rumah Terbuka’

Mini Konsert

Menurut mereka, konsert ini bakal menjadi lembaran penceritaan perjalanan mereka dalam industri muzik tempatan menerusi 15 lagu yang disediakan.

Tambah Aisha Hanim, konsert One Night Only Aisha Hanim ini menjadi pentas untuk menceritakan kisah mereka sepanjang berada dalam dunia seni.

Setiap penyanyi mempunyai sejarah dan cerita sendiri. Begitu juga Aishahanim.

Kami juga mahu membuktikan, kami mampu untuk menyanyi secara langsung. 15 lagu bukan mudah tapi kami yakin dengan kemampuan dan bakat kami.

Setiap lagu yang dipersembahkan mempunyai cerita dan sejarah tersendiri dalam hidup kami. Tetapi 15 lagu yang bakal dipersembahkan adalah pilihan terbaik untuk konsert ini.

Difahamkan, konsert yang bakal berlangsung ini bakal berjalan sepanjang dua jam. Peminat bakal dihiburkan dengan rangkaian seleksi lagu-lagu nyanyian semula dan single hits Aisha Hanim seperti Angkara, Tinggalan Cinta dan Leka.

Selain itu, Aisha Hanim juga bakal menyanyikan lagu-lagu nyanyian idola mereka antaranya Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak, Ziana Zain dan ramai lagi.

Persediaan konsert

Apabila disentuh tentang konsert, pastinya para artis perlu membuat persembahan dari pelbagai segi terutama stamina.

Dimaklumkan, Aisha Hanim kini giat berlatih menerusi senaman dan aktiviti riadah untuk memastikan stamina dapat dikonsistenkan sepanjang hampir dua jam persembahan nanti.

Persembahan ketika konsert itu nanti bakal diiringi oleh Band Tentera Darat Pork Dickson.

Untuk yang berminat, tiket mini konsert yang turut disertakan dengan makan malam itu sudah mula dijual bermula pada harga RM299 sehingga RM499.

SKIP THIS AD ×