berita

4 Bintang Running Man Sah Turun Malaysia Untuk Race Start Season 2 November Ini!

August 5th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Race Start Season 2 MY Poster

Bukan lagi khabar angin. Nampaknya, para peminat Kim Jong Kook, HAHA (Ha Dong Hoon), Song Ji Hyo dan Jee Seok Jin kini boleh bergembira kerana keempat-empat mereka telah sah diumumkan akan hadir ke Malaysia.

Kedatangan mereka pada 1 November 2014 ini adalah bersempena dengan Race Start Season 2 In Malaysia di mana bintang-bintang popular berkenaan akan menghiburkan peminat melalui rancangan selama 2 jam itu.

Bakal berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur, peminat bertuah juga berpeluang naik ke atas pentas sekaligus terlibat dengan permainan interaktif yang diadakan.

RM Screenshot

Bagi yang berminat, anda boleh membeli tiket-tiket yang dijual pada harga RM729 (VIP), RM499 (Cat 1), RM429 (Cat 2), RM299 (Cat 3) dan RM199 (Cat 4).

Sebagai tanda penghargaan, pemegang tiket VIP akan menerima pas masuk berautograf eksklusif yang membolehkan anda bertemu dengan empat selebriti pujaan berkenaan dengan lebih dekat.

Untuk pengetahuan anda juga, Jong Kook, Ji Hyo, HAHA dan Jee Seok Jin juga akan kembali ke SIngapura pada 29 November untuk misi yang sama selepas musim pertama Race Start di negara tersebut pada tahun lepas mendapat sambutan memberangsangkan.

Jangan lupa untuk layari laman web rasmi ONE, Facebook dan Twitter atau terus ke saluran Astro Ch 393 untuk mengetahui maklumat lanjut.

SKIP THIS AD ×