berita

Kes Semakin Meningkat, PKPP Dilanjutkan Hingga 31 Mac 2021

January 1st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Menteri Kanan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021.

Keputusan itu dibuat setelah melihat kes bilangan positif Covid-19 mempunyai peningkatan ketara di seluruh negara dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Peningkatan kes ketara

Datuk Seri Ismail Sabri menerusi kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan PKPP menyifatkan peningkatan kes adalah disebabkan daripada saringan pekerja asing di sekitar kawasan Lembah Klang termasuk lagi beberapa buah negeri yang lain.

Perintah ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan. Peningkatan kes disumbangkan oleh pelaksanaan saringan wajib terhadap pekerja asing yang dijalankan secara besar-besaran dan juga akibat berlakunya penularan jangkitan dalam komuniti yang dikesan, terutamanya di Lembah Klang dan beberapa negeri.

Perlu patuhi SOP

Tambah Menteri Kanan itu lagi, aktiviti di dalam pub dan kelab malam kecuali perniagaan restoran di dalam premis tersebut masih dilarang di kawasan PKPP.

Aktiviti pelancongan adalah berdasarkan ketetapan yang telah diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum ini namun perlu mematuhi SOP yang ketat.

Antara kesalahan ingkar arahan PKP ialah aktiviti pusat hiburan (135), tidak memakai pelitup muka (109), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (54) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (49).

Semalam, anggota penguat kuasa telah membuat pemeriksaan di 10 tapak pembinaan di seluruh negara dan kesemua tapak pembinaan yang diperiksa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: BERNAMA

SKIP THIS AD ×