berita

4 Dekad Membina Legasi, Anuar Zain Bakal Bertemu Peminat Di ‘Anuar Zain 40th Anniversary Concert’

July 6th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Nama penyanyi, Anuar Zain tidak lagi asing dalam industri muzik tanah air dengan 40 tahun pembabitannya yang masih disanjungi sehingga kini.

Sempena meraikan penghargaannya terhadap peminat, Anuar Zain bakal tampil dengan Anuar Zain 40th Anniversary Concert pada 28 Oktober depan.

Artikel Berkaitan: Anuar Zain Enggan Jadi Juri Untuk Mana-Mana Pertandingan

Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Cabaran Yang Besar, Mereka Well Prepared,’- Gandingan Anuar Zain & Okestra Sekolah Puaskan Penonton!

Artikel Berkaitan: Anuar Zain Buat Kemunculan Khas Di Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds

Demi peminat

Ketika ditemui OhBulan!, Anuar atau nama penuhnya Shahrul Anuar Zain mendedikasikan konsert ini buat peminatnya yang tidak putus memberi sokongan sepanjang empat dekat membina legasi dalam industri muzik tempatan.

Saya menyasarkan full house untuk konsert kali ini. Tujuan utama untuk menghiburkan peminat dengan semua lagu yang dipersembahkan.

Boleh dikatakan, konsert kali straight forward sahaja tanpa sebarang gimik atau elemen kejutan yang ditampilkan.

Anuar Zain berkata demikian ketika sidang media Anuar Zain 40th Anniversary Concert di JioSpace, semalam.

Tambahnya lagi, penyanyi jemputan untuk konsert yang bakal tiba itu masih belum diputuskan kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Tempat bernostalgia

Apabila ditanya tentang lokasi pemilihan untuk konsert ini, pelantun lagu ‘Sedetik Lebih’ itu memaklumkan Stadium Malawati merupakan tempat yang memberi kenangan manis buatnya.

Ulasnya lagi, Shah Alam merupakan tempatnya membesar.

Saya sudah mengadakan konsert di beberapa lokasi tetapi Stadium Malawati memberi saya nostalgia yang sangat manis. Tambah lagi, lokasi itu sangat praktikal dengan bentuk empat segi dan sangat senang untuk bekerja. Pencahayaan dan sistem bunyian juga baik.

Selain itu, Shah Alam adalah tempat saya tinggal dan membesar. Shah Alam juga bukan bandar yang sibuk. Yang paling penting, peminat mudah untuk cari parking.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Melaka itu turut menyatakan bahawa penceritaan bakal ada mengenai perjalanannya sepanjang 40 tahun pada hari konsert berkenaan. Namun, fokus utamanya masih untuk menghiburkan peminat yang hadir.

Anuar Zain 40th Anniversary Concert ini bakal diadakan pada 28 Oktober 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam jam 8:30 malam.

Pada yang berminat untuk hadir, tiket yang dibawakan oleh JioBuddy akan mula dijual pada 12 Julai ini jam 10:00 pagi di laman sesawang www.jiotix.asia. Harga tiket bermula dengan RM188 (Gold) sehingga RM1188 (VIP 1).

SKIP THIS AD ×