Gabungan hebat antara penyanyi terkenal Anuar Zain bersama pelajar-pelajar Sekolah Seri Puteri memberikan persembahan ‘outstanding’ kepada penonton menerusi Flourishes Seri Puteri Symphonic Winds Royal Concert yang berlangsung di Istana Budaya pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Anuar Zain Buat Kemunculan Khas Di Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds
Artikel Berkaitan: Anuar Zain Enggan Jadi Juri Untuk Mana-Mana Pertandingan
Industri perlu pelapis baharu
Penyanyi, Anuar Zain menyifatkan persembahan pada malam itu sebagai sebuah kejayaan bukan sahaja untuk dirinya tetapi buat para pelajar sekolah berasrama penuh Sekolah Seri Puteri yang memberikan seluruh tenaga dan komitmen untuk konsert tersebut.
Anuar berkata dia bersetuju untuk berkolaborasi bersama mereka kerana dia menyedari bahawa industri muzik ketika ini amat memerlukan bakat baharu.
Kita memerlukan pelapis yang baharu, kerana kita sudah ada banyak yang lama. Sekarang ini tidak berapa ramai anak muda yang berminat..asyik-asyik dengan telefon dan tiada masa, mereka selalu sahaja dengan pelajaran.
Jadi saya tak nampak sangat anak-anak kita yang muda ini berminat untuk bermain muzik. Tetapi bila saja mendengar tentang anak-anak Seri Puteri saya sangat-sangat terkejut dan apa salahnya kalau saya memberikan sokongan kepada mereka.
Semetara itu, penyanyi berusia 53 tahun ini juga berkata konsert tersebut bukan sahaja untuk membantu memperoleh dana buat para pelajar ke sebuah pertandingan di Sepanyol nanti tetapi ia juga telah memberi inspirasi buat dirinya untuk mengadakan konsert bersama okestra selepas ini.
Hampir setiap penyanyi mengimpikan sebuah konsert yang berskala besar ini. Kerana bila ada ramai pemuzik yang mengiringi kita dan perasaan penoton itu akan lebih berbeza. Setiap alat muzik itu ada pemainnya dan setiap pemain itu akan mengeluarkan ‘vibe’ dan akan memberi ‘goosebump’.
Itu yang selalu diimpikan dan saya harap saya akan ada satu persembahan yang ada okestra dan sebenarnya pengalaman hari ini telah menjentik saya untuk membuat persembahan berskala besar seperti itu.
Anuar berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media konsert tersebut.
Bukan cabaran besar
Anuar pada malam itu membawakan tiga buah lagu iaitu Keabadian Cinta, Love Story dan Seditik Lebih turut berkongsi bahawa dia tidak mengalami cabaran yang besar ketika menjalankan sesi latihan malah memuji pelajar-pelajar itu yang sangat profesional.
Sejujurnya tidak ada cabaran kerana mereka ‘well prepared’. Walaupun kita ada waktu yang suntuk untuk sesi latihan untuk saya memahami susunan muzik.
Untuk lagu Keabadian Cinta, lagunya ‘straight forward’ dan untuk Sedetik Lebih ada ditukar sedikit jadi saya perlu ingat tapi yang mencabar adalah lagu Love Story. Biasa kita membawakan lagu tersebut di dalam Bahasa Inggeris tetapi kali ini ada sedikit ditambah dengan versi Melayu dan susunan itu telah diubah.
Bagi saya itu hanyalah cabaran yang sedikit sahaja. Tetapi dari segi susunan muzik dan kolaborasi dengan anak-anak ini bagi saya mudah nak bekerja dengan mereka, mereka ‘well prepared’ jadi tidak ada cabaran yang besar-besar.
Sekadar info, konsert ini diadakan adalah untuk mengumpul dana sebanyak RM900,000 untuk Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) ke pertandingan International Orchestra Festival and Competition Golden Sardana.
Pertandingan tersebut bakal diadakan di Barcelona, Sepanyol pada 12 hingga 17 September depan.