berita

4 Pesakit Warga Indonesia Larikan Diri, Penumpang Bas Sungai Merah Di Sibu Diminta Jalani Ujian Saringan

December 18th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menyarankan kepada semua penumpang bas bernombor pendaftaran QSX 6722 di Terminal Bas Jalan Pahlawan Sibu untuk tampil ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk membuat saringan Covid-19. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak itu mendapati empat pesakit wanita positif warga Indonesia telah lari dan menaiki bas di terminal tersebut.

Empat pesakit larikan diri

Kesemua penumpang bas Sungai Merah bernombor pendaftaran QSX 6722 pada tarikh 17 Disember 2020, jam 12.50 pagi. Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup di Terminal Bas Jalan Pahlawan, Sibu mendapati empat pesakit positif Covid-19 iaitu warga Indonesia telah melarikan diri dan disyaki menaiki bas tersebut.

Difahamkan, bas tersebut telah bertolak pada jam lebih kurang 1.00 pagi dari Sibu ke Serian. Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu telah membuat saringan ujian Covid-19 secara percuma di Kpg Bahagia Jaya, Teku dan Taman Indah sehingga Ahad ini bagi mengesan kemungkinan terdapat kontak rapat dengan empat wanita Indonesia terbabit.

Sumber: Info Sabah

SKIP THIS AD ×