Tahniah diucapkan buat penyanyi yang sentiasa merendah diri, Najwa Mahiaddin di atas pernikahannya dengan Idris Koh Keng Hui semalam.
Apa yang lebih cool, pasangan mempelai dinikahkan sendiri oleh bapa Najwa, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee.
Namun, kami sebenarnya tersentuh hati membaca pesanan dan ucapan syukur yang dizahirkan oleh Timbalan Perdana Menteri itu kepada anaknya menerusi status di Facebook.
Kami percaya, tiada pesanan yang lebih mengharukan dan bermakna bagi seorang anak selain doa serta harapan ibu bapanya. Berikut antara kata-kata Muhyiddin:
1. Najwa, jadilah seorang isteri yang solehah
2. Berilah ketaatan kepada suami
3. Jagalah budi pekerti dan akhlak sebagai seorang isteri
4. Taatilah Allah sepanjang hidupmu
Doakan Pengantin Baru Bahagia Hingga Syurga
Ayah dan Mama telah mendidik dan mengasuh sebaik mungkin untuk menjadikan Najwa anak yang solehah dan berjaya.
Ayah dan Mama mendoakan semoga Allah memberikan ketabahan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu berdua hingga ke syurga.
Kami juga turut mendoakan agar Najwa dan suami, Idris Koh sentiasa dilimpahi keberkatan dalam perkahwinan serta dikurniakan anak yang comel-comel belaka. Agak-agaknya Najwa ada lagu istimewa tak untuk Idris? Hehe.
Kredit foto: Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin & Instagram Najwa Mahiaddin