berita

4 Spot #Baek Pisang Goreng Cheese Di Sekitar KL & Klang Valley

August 18th, 2015 | by Ash Nordin
MyResipi

4 Spot #Baek Pisang Goreng Cheese  Di Sekitar KL  Klang Valley

Glurp! Banyak betul makanan yang diolah balik jadi lebih sedap, contohnya macam makanan yang kami nak kongsikan ni iaitu pisang goreng cheese. Sebenarnya pisang goreng cheese ini asalnya daripada Indonesia, namun resepi ini diperluaskan ke Malaysia. Macam nasi ayam penyetlah.

Artikel Berkaitan : 5 Kedai Makan Nasi Ayam Penyet Paling Best Di Seksyen 7, Shah Alam

Kami sendiri telan air liur bila sebut pasal pisang goreng cheese, bayangkan dengan kerangupan pisang goreng yang manis lepastu topping pula dengan keju, coklat  fuh! sedapnya!

Jadi, hari ini kami akan kongsikan beberapa spot kedai yang pisang goreng cheese terbaik di kawasan KL dan Lembang Klang, bolehlah korang keluar kejap pergi beli. Hehe!

1. The Pisang Cheese, Kelana Jaya

Pisang-Goreng-Cheese-Kuala-Lumpur-Popular-The-Pisang-Cheese-3

Selain cheese biasa, terdapat beberapa perisa disediakan seperti  coklat, coklat putih, karamel, kayu manis, dan rasa kopi malah membenarkan campuran 4 perisa yang berbeza. Sedapnya!

Biasanya habis dijual sampai jam 5 atau 6 petang. Harga pun berpatutan dalam RM5 hingga RM7. Lokasinya di  Restoran Jamal Mohammed, 24, Jalan SS5A / 9, Kelana Jaya, Selangor.

2. Banana Paradise, Wangsa Maju

Banana-Paradise-600x360

Pisang yang digunakan  khusus diperolehi dari Gua Musang, Kelantan. Kedai itu hanya menggunakan dua jenis pisang iaitu pisang abu dan pisang nangka. Harganya cuma RM5 bagi setiap set.

Lokasi kedai ini terletak di  Jalan 3 / 27A, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

3. Pisang Cheese Jakarta, Seksyen 7, Shah Alam

PisangCheeseJakarta2

Apa yang menarik ini kedai ini, sedikit ramuan pelik resepi pisang goreng termasuk Mandarin Melted Cheese yang dihidangkan dengan hirisan nipis limau mandarin. Selain itu kedai ini mempunyai Oreo dan kegemaran orang ramai iaitu Chocolate Messy.

Pisang Cheese Jakarta ini mempunyai lebih daripada 5 cawangan di seluruh Lembah Klang. Dijual dengan harga RM6 hingga RM8. Lokasinya di Restoran Lawangsari, Seksyen 7, Shah Alam

4.  Din Pisang Goreng Cheese

PisangCheeseJakarta

Cheese bersama gula merah dan susu pekat di atas pisang goreng adalah salah satu yang paling laris di sini. Difahamkan, hampir 140kg pisang habis dijual setiap hari. Hanya RM 5 sekotak!

Lokasinya di Sepanjang Jalan 1 / 23E, Danau Kota, 53100 Kuala Lumpur.

Sumber : Forum.cari.my

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×