Ikan arowana antara ikan yang dipelihara kerana kecantikan dan keunikannya selain harganya yang mencecah ribuan Ringgit. Seorang peminat ikan ini berputih mata apabila ikan arowananya ‘selamat’ dikerjakan bapanya sendiri.
Dibeli 4 tahun lalu
Bayu yang berasal dari Sukoharjo, Indonesia hanya mampu pasrah apabila kehilangan ikan arowananya yang berharga RM600 atau 2 juta Rupiah. Ikan berkenaan telah dibeli sejak 4 tahun lalu. Sebelum ini dibela di Cikarang, sebelum membelanya di rumah keluarganya di Solo.
Lebih memilukan, ikan berharga itu bukan dicuri akan tetapi digoreng oleh ayahnya sendiri. Semuanya atas alasan malas menjaga setelah lama berbuat demikian.
Tidak diuruskan sebaiknya
Menurut Bayu, dia telah membeli ikan itu dengan harga RM241 (800 ribu Rupiah), namun bernilai RM600 sekarang.
Semasa beli ikan ini pada harga hanya Rp 800 ribu (RM241) tetapi kini mencecah Rp 2 juta. Ikan ini cepat membesar.
Saya membawa ikan itu ke rumah orang tua kerana akuarium di rumah saya bersaiz kecil tapi tidak sangka ayah menggorengnya tanpa pengetahuan saya.
Ceritanya lagi, jika di bawah jagaannya ikan tersebut diberi makan cengkerik dan lipan, namun bapanya hanya memberi makan cicak.
Semasa di sana (jagaan bapanya) ikan saya tidak terurus. Warna matanya pernah menjadi juling. Jadi saya menjalankan operasi pembedahan mata, alhamdulillah sihat kembali. Tiba-tiba semalam dapat khabar ikan saya dimasak ayah.
Sumber: Tribunnews